DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2021.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2021.
Duke of Edinburgh yang berusia 99 tahun, dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London pada Selasa, selepas dilaporkan tidak sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon.com Inc, Jeff Bezos merampas semula 'takhta' sebagai individu paling kaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk untuk tempoh enam minggu.
Sekurang-kurangnya 14 orang ditahan susulan rusuhan yang tercetus di beberapa bandar di Sepanyol, kerana membantah penahanan rapper Pablo Hasel, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik polis Catalan.
Kes membabitkan Presiden Myanmar U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi akan dilaksana selaras dengan undang-undang, kata seorang pegawai kanan tentera pada sidang media di Nay Pyi Taw pada Selasa.
Belanjawan Singapura 2021 memfokuskan kepada peralihan dari pengekangan kepada penyusunan semula, sesuai dengan keadaan ekonomi Singapura yang kini kembali dibuka.
RIBUT musim sejuk telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Texas pada Selasa, mengakibatkan lebih empat juta kediaman dan premis terpaksa bergelap.
MAHKAMAH Belanda pada Selasa mengeluarkan arahan agar kerajaan menghentikan perintah berkurung pada waktu malam yang dikuatkuasakan bulan lalu dalam usaha menghentikan penularan COVID-19.
Saintis dilapor menemui satu lagi varian COVID-19 baharu di United Kingdom yang berpotensi untuk bermutasi.
DEWAN Perwakilan Perancis pada Selasa meluluskan satu rang undang-undang yang bertujuan mengekang kegiatan pelampau agama.
Pihak berkuasa kini sudah memberikan suntikan vaksin kepada hampir suku juta orang di negara itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami