MAHKAMAH Belanda pada Selasa mengeluarkan arahan agar kerajaan menghentikan perintah berkurung pada waktu malam yang dikuatkuasakan bulan lalu dalam usaha menghentikan penularan COVID-19.

Mahkamah turut memutuskan kerajaan tidak berhak menggunakan kuasa darurat bagi menguatkuasaan langkah tersebut.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan, memohon agar mahkamah menangguhkan arahan larangan perintah berkurung waktu malam.

Perbicaraan mengenai permohonan penangguhan itu dihentikan selepas ada laporan dalam kalangan badan kehakiman yang mendakwa ketua hakim berat sebelah.

Pendengaran rayuan penuh dijadualkan semula pada Jumaat.

Susulan itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa agar orang ramai kekal duduk di rumah pada jam 9 malam hingga 4.30 pagi.

“Perintah berkurung waktu malam ini adalah cara. Ia bukan matlamat. Saya perlu tekankan perkara ini. Matlamatnya ialah untuk mengawal penularan virus ini supaya kita semua kembali bebas.

“Itulah sebabnya perintah berkurung waktu malam ini diperkenalkan dan ia tidak akan diubah hari ini.

“Saya menggesa kepada semua, walau apapun keputusan mahkamah, hormatilah perintah berkurung ini,” tegasnya.