KUALA LUMPUR:Belanjawan Singapura 2021 memfokuskan kepada peralihan dari pengekangan kepada penyusunan semula, sesuai dengan keadaan ekonomi Singapura yang kini kembali dibuka.

Ia menggabungkan langkah-langkah untuk membantu keluarga, pekerja dan perniagaan menghadapi krisis COVID-19 dalam waktu terdekat, dengan langkah-langkah untuk mempercepat penyesuaian struktur dalam jangka panjang.

Berikut adalah sebahagian daripada isi Belanjawan Singapura 2020:

1. Pakej Sokongan Isi Rumah bernilai S$900 juta akan memberikan bantuan segera kepada semua keluarga Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta mereka yang mempunyai anak.

2. Sebagai sebahagian daripada COVID-19 Resilience Package bernilai S$11 bilion, Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) akan diperluas untuk sektor yang masih bergelut akibat wabak berkenaan.

3. Antara sektor yang terlibat ialah penerbangan, aeroangkasa dan pelancongan yang akan menerima kenaikan gaji selama enam bulan, dari April hingga September.

4. Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited akan menerima kenaikan S$5.4 bilion untuk menyokong pengambilan 200,000 pekerja warga tempatan dan memberikan 35,000 peluang latihan, bagi tahun ini.

5. Sebahagian besar jumlah ini, atau S$5.2 bilion, akan digunakan untuk memperluas Insentif Pertumbuhan Pekerjaan yang memberikan sokongan kos bagi tujuan pengambilan pekerja baharu tempatan.

6. Belanjawan ini turut memperkenalkan kenaikan gaji untuk jururawat dan pekerja sektor kesihatan lain, seperti kakitangan penjagaan sokongan.

7. Kenaikan gaji akan dilaksanakan untuk pekerja di seluruh institusi kesihatan awam, hospital yang dibiayai oleh orang awam dan penyedia perkhidmatan rawatan jangka panjang.

8. Singapura akan mempercepat penggunaan kenderaan elektrik dengan sasaran yang tinggi iaitu 60,000 charging point akan diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan awam dan premis persendirian menjelang 2030. Ini meningkat daripada sasaran sebelumnya sebanyak 28,000.

9. Perubahan pada yuran pendaftaran dan cukai jalan akan diperkenalkan.

10. Susulan pengumuman Rancangan Hijau Singapura 2030 minggu lalu, tiga bidang telah dikenal pasti:-