ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.
1. Vaksin COVID-19: Thailand tangguh pelancaran suntikan AstraZeneca
Thailand telah menangguhkan pelancaran suntikan vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca susulan laporan tentang masalah pembekuan darah di Denmark, namun tiada bukti yang mengesahkan sebarang kaitan setakat ini.
2. Semua rakyat dewasa AS layak terima vaksin COVID-19 bermula 1 Mei
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dijangka akan arahkan semua negeri di negara itu untuk menjadikan semua rakyat dewasa layak menerima vaksin COVID-19 bermula 1 Mei.
3. Pemulihan ekonomi AS | Pelan rangsangan AS$1.9 trilion ditandatangani
Selepas setahun bermulanya penularan pandemik COVID-19 di Amerika, Presiden Joe Biden menandatangani pelan rangsangan ke enam untuk pulihkan ekonomi negara itu. Pelan ini adalah tambahan kepada 5 pelan sebelum ini yang berjumlah terkumpul 4 trilion dollar.
4. Junta tentera Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan - Pakar hak asasi PBB
Menurut Thomas Andrews, pasukan keselamatan Myanmar didakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 70 orang. Bilangan mereka yang ditahan pula sudah melebihi 2,000 orang. Beliau juga menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB berhubung situasi di Myanmar, tidak cukup tegas.
5. Sistem pilihan raya Hong Kong diperbaiki dengan arahan Beijing
Hong Kong akan melaksanakan reformasi ke atas sistem pilihan rayanya. Reformasi ini dijangka akan mengubah kaedah pemilihan bagi wakil rakyat, dengan campur tangan dari Beijing. Perubahan ini termasuk memperkenalkan semula jawatankuasa untuk menilai calon Majlis Perundangan Hong Kong dan memilih pemimpin Hong Kong.
6. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 118 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 118 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
7. Suu Kyi didakwa terima wang haram RM2.5 juta, 11kg emas
Pemerintah junta tentera Myanmar pada Khamis menuduh Aung San Suu Kyi menerima wang haram berjumlah AS$600,000 (RM2.5 juta) dan 11 kilogram (kg) emas di bawah tuduhan baharu dilemparkan Tatmadaw selepas lebih sebulan beliau ditahan.
8. Suruhanjaya Eropah umum lanjut mekanisme eksport vaksin COVID-19
Suruhanjaya Eropah (EC) umum akan melanjutkan larangan eksport vaksin sehingga Jun. Mekanisme ini bertujuan memastikan pengeluar vaksin memenuhi komitmennya kepada negara anggota Kesatuan Eropah (EU) terlebih dahulu. EU laksana larangan eksport khas Januari lalu selepas kegagalan syarikat pengeluar vaksin memenuhi pesanan vaksin kepada blok itu.
9. Vaksin COVID-19: Denmark pula gantung penggunaan AstraZeneca selepas Austria
Susulan daripada sebilangan pesakit dilaporkan mengalami masalah pembekuan darah, Denmark memutuskan untuk menggantung sementara penggunaan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.
Pihak berkuasa kesihatan Denmark dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan sementara vaksin tersebut dalam program vaksinasi itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.
10. Temu bual Harry-Meghan: 'Keluarga kami bukan rasis' - Putera William
Pewaris takhta Britain, Putera William menafikan keluarga diraja itu mempunyai sifat rasis atau perkauman, dalam reaksi pertamanya terhadap tuduhan Putera Harry dan isterinya, Meghan, dalam wawancara bersama Oprah, baru-baru ini.
Astro Awani
Fri Mar 12 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.