WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dijangka akan arahkan semua negeri di negara itu untuk menjadikan semua rakyat dewasa layak menerima vaksin COVID-19 bermula 1 Mei.

Beliau akan mengumumkan perkara tersebut semasa ucapan utama pertamanya dan menjangkakan warga Amerika Syarikat dapat berkumpul dalam kumpulan kecil menjelang sambutan kemerdekaan negara itu Julai ini, menurut dua pegawai kanan White House.

Ucapan itu dibuat setahun selepas perintah sekatan susulan penularan COVID-19 pertama dilaksanakan dan dijangka ia akan mengandungi harapan serta amaran, tambah pegawai tersebut.

Ahli keluarga dan rakan terdekat dijangka akan dibenarkan berkumpul untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada 4 Julai namun harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selain manfaatkan bekalan vaksin sedia ada.

"Presiden Biden akan menyentuh tentang perhimpunan dalam kumpulan kecil seperti adakan barbeku di bahagian belakang rumah atau di kawasan perumahan. Ini merupakan satu perkembangan besar yang positif," jelaspegawai itu lagi.

Biden juga dijangka akan memansuhkan undang-undang sedia ada berkenaan kelayakan menerima vaksin yang memberi keutamaan kepada kumpulan tertentu.