Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 22, 2021 13:05 MYT
Mac 22, 2021 13:05 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 22 Mac 2021.
Kira-kira 18,000 penduduk terpaksa dipindahkan susulan banjir buruk di New South Wales (NSW), Australia, dengan hujan diramalkan berterusan untuk tempoh beberapa jam. Semua kawasan pesisiran pantai di negeri itu kini berada di bawah amaran cuaca buruk.
Mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun, hanya didedahkan namanya sebagai 'MK', diselamatkan di Pulau Kalupag dalam satu operasi pasukan pihak berkuasa Filipina, susulan tiga rakyat Indonesia yang diselamatkan pada Khamis lepas (18 Mac).
Gergasi minyak dan gas Arab Saudi, Aramco mengumumkan keuntungannya pada 2020 jatuh hampir separuh kepada ASD49 bilion. Ini berbanding lebih ASD88 bilion yang dicatatkan pada 2019.
Lebih 9 ribu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan seluruh dunia. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 2.71 juta kes.
Jerman dijangka melanjutkan sekatan pergerakan untuk bulan kelima bagi menangani pandemik COVID-19. Langkah itu dibuat selepas kadar jangkitan melebihi tahap tertentu yang meningkatkan tekanan ke atas sistem kesihatannya.
China mempercepatkan Program Vaksinasi COVID-19 dengan sasaran mencapai 10 juta dos sekitar satu minggu. Negara itu juga sedang mempertimbangkan perbezaan polisi visa berdasarkan vaksinasi dan keadaan mengikut negara.
Iran tidak pegang pada janji Amerika Syarikat untuk mansuhkan sekatan. Republik itu sebaliknya hanya akan kembali pada komitmennya di bawah Perjanjian Nuklear 2015 setelah Washington menghapus sepenuhnya sekatan ke atas mereka.
Kementerian Kesihatan Palestin secara rasmi memulakan Program Vaksinasi menerusi inisiatif COVAX kepada rakyatnya bermula Ahad. Program Imunisasi tersebut didahului dengan petugas kesihatan dan warga emas.
Lebih lima ratus ribu kes baharu positif COVID-19 direkodkan secara global. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif covid-19 seluruh dunia kini melepasi 123 juta kes.
AstraZeneca mengesahkan vaksin COVID-19 buatannya tidak mengandungi bahan daripada babi. Ini sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak di Indonesia bahawa vaksin itu tidak halal dari segi syariah.
#Abu Sayyaf
#Arab Saudi
#Washington
#COVID-19
#AstraZeneca
#vaksin
#China
#program vaksinasi
#Indonesia
#syariah
#Halal
#Visa
#pandemik
#angka korban