JAKARTA: Seorang lagi rakyat Indonesia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di Sabah, Malaysia pada Januari 2020, berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina pada Ahad (semalam).
Mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun, hanya didedahkan namanya sebagai 'MK', diselamatkan di Pulau Kalupag dalam satu operasi pasukan pihak berkuasa Filipina, susulan tiga rakyat Indonesia yang diselamatkan pada Khamis lepas (18 Mac).
Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan menyatakan, kempat-empat mereka yang berasal dari Kabupaten Wakatobi, Sulawesi Tenggara, dilaporkan sihat dan dalam proses untuk dihantar pulang ke Indonesia.
Pada 18 Mac, penyelamatan dilakukan pada Khamis petang di perairan Tawi-Tawi, ketika bot yang digunakan kumpulan itu (Abu Sayyaf) yang membawa tiga warganegara Indonesia berkenaan, terbalik akibat dipukul ombak.
BACA: Tiga nelayan Indonesia diculik Abu Sayyaf di Sabah, diselamatkan
BACA: Sub-komander Abu Sayyaf terlibat penculikan ditembak mati
Mereka (tebusan) cuba dipindahkan kumpulan itu dari Indanan, Sulu, ke tempat lain selepas terdapat operasi bersepadu pasukan keselamatan Filipina.
Semua mangsa (termasuk yang terbaharu) dibawa ke Zamboanga, dan akan diterbangkan ke Manila, untuk proses penghantaran pulang ke Indonesia.
Pada 16 Jan 2020, lima nelayan warga Indonesia yang bekerja di bot nelayan Malaysia, diculik kumpulan berkenaan ketika berada di perairan Tambisan, Sabah, Malaysia.
Seorang lagi mangsa culik, La Baa, 32 tahun, ditemukan mati dibunuh pada 28 Sept 2020, di Patikul, Sulu, Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Pada 16 Jan 2020, lima nelayan warga Indonesia yang bekerja di bot nelayan Malaysia, diculik kumpulan berkenaan ketika berada di perairan Tambisan, Sabah, Malaysia. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.