DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 7 April 2021.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.
COVID-19: Kes positif global 132 juta, korban lebih 2.87 juta
2. Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini mencatatkan angka 132.13 juta, berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Terdapat perkaitan antara vaksin COVID-19 AstraZeneca dan gumpalan darah yang jarang berlaku di otak namun kemungkinan penyebabnya masih belum diketahui.
Hari Kesihatan Sedunia 2021 disambut buat tahun kedua berturut ditengah pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Bintang Bollywood Katrina Kaif disahkan dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah.
Walaupun sebagai pemacu program vaksinasi, Kesatuan Eropah (EU) masih menyasarkan untuk mencapai komuniti imuniti kelompok menjelang akhir Jun ini.
Ribuan penduduk di Pulau Lembata, Indonesia terkesan akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku pada Ahad.
Pentas ratu cantik pastinya tidak pernah sunyi dengan 'drama'. Itu yang berlaku kepada Pertandingan "Mrs Sri Lanka" yang disiarkan secara langsung di televisyen rasmi negara itu pada Ahad.
Seorang wanita di China terkejut apabila mengetahui bakal menantunya ialah anak perempuannya yang telah lama hilang.
Peningkatan kes COVID-19 di New York, Amerika Syarikat dapat dihentikan sekiranya orang awam mendapatkan vaksinasi dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami