DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 13 April 2021.
Kerajaan Jepun pada Selasa meluluskan rancangan melepaskan lebih 1 juta tan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut.
Anggota bomba maut, dua parah kebakaran di kilang bersejarah
2. Seorang anggota bomba maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kebakaran besar di sebuah kilang bersejarah St Petersburg, Rusia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.
Polis melaporkan seorang maut dan dan seorang pegawainya cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di bandar Tennessee di timur Knoxville, Amerika Syarikat.
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas di rumahnya.
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.
Sekurang-kurangnya 20 terkorban dan 14 yang lain cedera apabila sebuah bas antara wilayah tergelincir dan terbalik di wilayah Sihuas, Peru.
Arnab terbesar di dunia dilaporkan telah dicuri daripada kandangnya di Worcestershire, United Kingdom.
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis.
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami