awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2021
23:50 MYT
20 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru
Sekurang-kurangnya 20 terkorban dan 14 yang lain cedera apabila sebuah bas antara wilayah tergelincir dan terbalik di wilayah Sihuas, Peru. -Facebook Huaraz Al Da
LIMA: Sekurang-kurangnya 20 terkorban dan 14 yang lain cedera apabila sebuah bas antara wilayah tergelincir dan terbalik di wilayah Sihuas, Peru.
Menurut pihak berkuasa perbandaran daerah Parobamba di akaun Facebooknya, kemalangan itu menyebabkan 18 meninggal dunia di tempat kejadian, dengan dua lagi mati ketika dipindahkan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan pada Isnin di Palo Seco, ketika bas milik syarikat pengangkutan Fama Tours SA tergelincir dan terbalik.
Bas malang itu dilapor pulang dari kawasan Huanchayllo dan Parobamba menuju ke Chimbote dan Lima, selepas penumpang selesai mengundi dalam pilihan raya pada Ahad.
Pihak berkuasa pengangkutan Peru memaklumkan ia telah mengaktifkan semua protokol intervensi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kemalangan bagi menentukan langkah-langkah sesuai.
Topic Berkaitan
#nahas bas
#bas terbalik
#Peru
#kemalangan
#Parobamba
#Fama Tours SA
#Palo Seco
#Chimbote
#Lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan