ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Mei 2021.
1. Muhyiddin tangguh lawatan rasmi ke Singapura
Lawatan rasmi Perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin ke Singapura yang pada mulanya dijadualkan esok, kini ditangguhkan ke satu tarikh lain tahun ini, menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
2. Diplomasi | Korea Utara kecam pengedaran risalah Anti-Pyongyang
Korea Utara menggambarkan tindakan sekumpulan aktivis dari Korea Selatan mengedarkan risalah Anti-Pyongyang, sebagai satu provokasi. Kerajaan Korea Selatan bagaimanapun telah melarang tindakan melancarkan risalah ke negara jirannya itu dalam undang-undang baharu yang berkuat kuasa bermula Mac lalu.
3. COVID-19: Thailand catat kematian tertinggi dalam sehari, Kemboja risau gelombang seterusnya
Kementerian Kesihatan Thailand pada Ahad melaporkan 1,940 lagi kes positif COVID-19 dengan 21 kematian, menjadikannya jumlah korban nyawa tertinggi buat hari kedua berturut-turut bagi negara itu, lapor Reuters.
4. Kanak-kanak 8 tahun maut termakan sate beracun dibawa pulang bapa
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun meninggal dunia setelah termakan sate beracun yang dibawa pulang ayahnya.
5. Ikan sturgeon berusia lebih 100 tahun, seberat 109kg ditemui di Detroit
Sekumpulan penyelidik tidak menyangka aktiviti mengambil data tentang ikan yang biasa dilakukan di sekitar Detroit, Michigan, Amerika Syarikat menemukan mereka dengan seekor 'gergasi sungai'.
6. Lebih 200 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal di Kuantan
Lebih 200 saman dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur, di sini semalam.
7. Protes antirampasan kuasa Myanmar masuk bulan ketiga
Protes antirampasan kuasa masuk bulan ketiga di Myanmar. Tunjuk perasaan itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan reda walaupun selepas persidangan tergempar pemimpin ASEAN minggu lalu di mana kata sepakat dengan junta tentera berjaya dicapai.
8. Ribuan rakyat turun protes pembaharuan cukai di Colombia
Ribuan rakyat Colombia turun ke jalanan pada Sabtu bagi melakukan tunjuk perasaan terhadap cadangan pembaharuan cukai oleh kerajaan.
9. COVID-19: Ibu muda mati dalam kereta ketika menunggu rawatan di hospital India
Seorang ibu muda berusia 35 tahun yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia dalam kereta ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital.
10. COVID-19: India buka pengambilan vaksin untuk semua orang dewasa
India mengumumkan pembukaan kempen vaksinasinya kepada semua orang dewasa pada Sabtu. Pelancaran kempen secara besar-besaran itu dilihat akan menguji had kerajaan persekutuan, kilang vaksin di negara itu dan kesabaran 1.4 juta penduduknya.
Astro Awani
Sun May 02 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Niaga AWANI: WEF 2022 | Belajar, cari solusi bersama peringkat global
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang kembali berlangsung secara fizikal bakal membuka tirai secara rasminya hari ini dan sudah tentu, banyak perkara menjadi fokus Malaysia belajar selain mengambil amalan terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. Najib Aroff yang kini berada di kawasan pergunungan Alps ada perincian fokus Malaysia, bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

AWANI Ringkas: Buli | Empat pelajar mengaku bersalah

Kenderaan mikro mobiliti: KKR bantu sediakan sebarang keperluan MOT - Fadillah
KKR akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan menyediakan jalan baharu khusus buat laluan kenderaan mikro mobiliti.
![[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid [TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968247/thumbnails/14500335691653292328610_640x360.jpg)
[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid
Dana Yayasan Akalbudi datang dari wang sendiri, serta hasil derma individu dan kumpulan tertentu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata yayasan tersebut tidak pernah menerima dana baik dari kerajaan, mahupun pembayar cukai.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.