YOGYAKARTA: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun meninggal dunia setelah termakan sate beracun yang dibawa pulang ayahnya.
Dalam kejadian di Bantul, Yogyakarta, Indonesia, kanak-kanak itu dilapor telah menuang kuah dipercayai bercampur potasium sianida pada sate sebelum memakannya ketika berbuka puasa bersama keluarga.
Mangsa muntah lalu pengsan dan dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, lapor portal Tribunnews.
Bapa mangsa, Bandiman yang ditemui wartawan kesal dengan apa yang berlaku kepada anaknya, malah menyalahkan dirinya kerana membawa pulang sate tersebut.
“Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Anak saya mati kerana saya bawa sate itu pulang ke rumah. Niat saya cuma ingin hantar makanan itu.
"Jika saya tahu sate itu dicampur racun, semua ini tidak akan berlaku,” katanya.
Bandiman yang bekerja sebagai penghantar makanan berkata dia mendapat pesanan daripada seorang pelanggan wanita yang memintanya menghantar sate berkenaan kepada seorang lelaki.
Menurut Bandiman, ketika kejadian, dia sedang berehat di sekitar masjid daerah Gayam, Yogyakarta.
Seorang wanita kemudian datang memintanya menghantarkan barang kepada seorang rakan.
"Dia beritahu saya tidak ada aplikasi penghantaran, dan minta saya hantar kepada seorang bernama Tomi di Villa Bukit Asri, Sembungan, Kasihan, Bantul," kata Bandiman.
Wanita itu memaklumkan nama pengirim sebagai "Hamid" dari Pakualaman.
Namun ketika Bandiman tiba di alamat yang dituju, Tomi yang dihubunginya berkata tidak mengenali "Hamid".
"Setelah saya hubungi, benar yang mengangkat bernama Tomi dan alamatnya juga benar. Tapi dia kata tidak ada rakan bernama Hamid di Pakualaman.
"Lalu Tomi minta bawa pulang saja paket tersebut untuk berbuka puasa," kata Bandiman.
Menurut Bandiman lagi, isterinya juga sempat makan beberapa cucuk sate berkenaan namun kesannya tidak teruk.
Hasil pemeriksaan makmal mendapati sate tersebut diletak racun jenis potasium sianida.
"Racun tersebut mudah didapati dan sering digunakan untuk membunuh hama serta tikus.
"Jika termakan dalam kuantiti kecil, racun itu akan menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sesak nafas dan keresahan.
“Sekiranya diambil dalam kuantiti banyak, racun itu menyebabkan denyut nadi menjadi lambat dan mangsa akan mula hilang kesedaran sehingga meninggal dunia,” kata pakar foreksik Universiti Gadjah Mada, Dr Lipur Riyantiningtyas.
Polis dalam pada itu masih memburu suspek wanita yang mengirim makanan itu.
Suspek dilapor berkulit cerah, berusia dalam lingkungan 25 tahun dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter.
Astro Awani
Sun May 02 2021

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun meninggal dunia setelah termakan sate beracun yang dibawa pulang ayahnya. -Gambar hiasan/Bernama

Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.

Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

"Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang" - Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah beri amaran kepada bekas menantu pelakon Kazar Saisi untuk simpan duit bayar saman.

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.
Pasaran Tempatan: Prestasi mingguan FBM KLCI
MIDF Research membawakan perkembangan terkini prestasi mingguan FBM KLCI setiap Jumaat.

Budak maut makan sate beracun: Polis tahan wanita berdendam bekas teman lelaki
Polis Indonesia mengenal pasti dan menahan seorang wanita yang mengirim sate beracun kepada bekas teman lelaki dengan niat untuk membunuhnya.

Kanak-kanak 8 tahun maut termakan sate beracun dibawa pulang bapa
Kanak-kanak itu dilapor telah menuang kuah dipercayai bercampur potasium sianida pada sate sebelum memakannya ketika berbuka puasa bersama keluarganya.