ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 30 Jun 2021.

1. COVID-19 | Bolsonaro terpalit isu rasuah berhubung pembelian vaksin

Tudahan terhadap Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang dipalit rasuah dalam pembelian vaksin COVID-19 menggugat kedudukannya pada masa ini. Ia termasuk terdapat gerakan untuk pendakwaan terhadapnya.

2. PBB desak Israel henti musnahkan harta benda rakyat Palestin

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis. 

3. Lebih 880 orang awam maut, 126 dihukum mati sejak rampasan kuasa di Myanmar

Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.

4. Baru buka kedai gunting rambut kini terpaksa ditutup

Baru beberapa bulan membuka kedai gunting rambut sendiri, seorang pemuda kini terpaksa menutup kedainya itu ekoran pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' sejak 1 Jun lalu.

5. Gelombang panas, 69 terkorban di Kanada

Sekurang-kurangnya 69 orang di kawasan berhampiran bandar raya Vancouver, Kanada meninggal dunia ekoran gelombang panas yang melanda barat negara itu dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS), kata polis pada Selasa.

6. Negara anggota PBB lulus dana AS$6 bilion untuk 12 misi pengaman

193 negara anggota setuju dengan dana berkenaan bagi misi sehingga 30 Jun 2022. Ia akan diluluskan secara rasmi dalam Perhimpunan Agung pada Rabu.

7. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melepasi 181.6 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 181.6 juta. Ini berikutan lebih tiga ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

8. COVID-19 | Angka korban global melebihi 3.93 juta kes

Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini hampiri 4 juta. Berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh dua puluh empat jam lalu, angka kematian global disebabkan virus itu kini melebihi 3.93 juta kes.

9. COVID-19 | Vaksin Moderna berkesan lindungi dari varian Delta

Vaksin Moderna didapati menunjukkan perlindungan tinggi terhadap varian COVID-19 jenis Delta. Perkara ini didedahkan pengeluar vaksin berkenaan, selepas kajian dijalankan saintisnya.

10. Korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada 12 orang, 149 masih hilang

Angka kematian insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 12 orang. Menurut pihak berkuasa pada Selasa, 149 penghuni masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari keenam.