DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/07/2021 | 15:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 4 Julai 2021.
1. COVID-19: Thailand catat 5,916 kes baharu, 44 kematian
Thailand mencatatkan 5,916 kes baharu COVID-19 dan 44 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 283,067 manakala seramai 2,226 meninggal dunia.
2. Nahas pesawat tentera Filipina: 29 maut, 40 terselamat
Sekurang-kurangnya 29 maut selepas pesawat tentera Filipina yang membawa 85 penumpang dilaporkan terhempas di selatan negara itu pada Ahad.
3. Remaja ditembak mati dalam insiden keganasan jalan raya
Seorang penunggang motosikal maut selepas ditembak pemandu kereta dalam satu insiden keganasan jalan raya di Texas, Amerika Syarikat (AS).
4. Iryna, kanak-kanak hidap progeria meninggal dunia
Seorang budak perempuan yang menghidap penyakit yang menyebabkan dirinya kelihatan tua meninggal dunia di Ukraine baru-baru ini.
5. Gempa 5.8 magnitud landa pantai Chile
Satu gempa bumi sederhana melanda pesisir pantai Chile sebentar tadi.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean, ahli seismologi merekodkan gempa pada skala 5.8 magnitud.
6. COVID-19: Itali bongkar sindiket jual sijil vaksin EU palsu
Polis Itali membongkar kegiatan jenayah dalam talian yang menjual sijil status COVID-19 digital Kesatuan Eropah (EU) palsu.
7. Haiwan disuntik vaksin COVID-19 di Zoo Oakland
Haiwan di Zoo San Fancisco Bay Area diberikan suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha melindunginya daripada jangkitan koronavirus.
8. Kerja meroboh sisa blok kondominium runtuh dipercepat susulan amaran taufan
Pihak berkuasa Florida, Amerika Syarikat (AS) memutuskan kerja merobohkan blok bangunan kondominium Champlain Towers South di Miami yang masih berdiri akan dipercepatkan.
9. Kebakaran 'mata api' tular di media sosial
Kebakaran besar tercetus di perairan teluk Mexico pada Jumaat selepas saluran paip gas bawah laut bocor menyebabkan api merebak ke permukaan laut. Kebakaran tersebut digelar sebagai 'mata api' selepas video insiden tersebut tular dalam media sosial.
10. Rasuah vaksin, Bolsonaro digesa letak jawatan
Ribuan orang berarak di Sao Paulo bagi mendesak supaya Presiden Jair Bolsonaro meletak jawatan dan disiasat selepas dituduh terlibat dalam kes rasuah membabitkan vaksin.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #pandemik #COVID-19 #Nahas Pesawat di Filipina