awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja ditembak mati dalam insiden keganasan jalan raya

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2021
04:20 MYT
Remaja ditembak mati dalam insiden keganasan jalan raya
Siasatan awal menunjukkan Gray melepaskan tembakan pertama sebelum dia ditembak. - Gambar hiasan
FORT WORTH: Seorang penunggang motosikal maut selepas ditembak pemandu kereta dalam satu insiden keganasan jalan raya di Texas, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Fox4, kejadian berlaku pada Jumaat di Lebuhraya 1-35 di Fort Worth.
Ketika kejadian, JaDerek Gray, 19, dilapor hampir dilanggar sebuah kereta yang mahu menukar lorong di lebuh raya yang sesak.
Gray yang tidak berpuas hati memberhentikan motosikalnya di tepi jalan dan menuju ke kereta terbabit bersama sepucuk pistol.
Pemandu kereta berkenaan memberi amaran kepada Gray untuk berhenti, namun apabila dia tidak diendahkan, pemandu terbabit melepaskan beberapa tembakan ke arah Gray.
Saksi kejadian memberitahu Fox4, dia cuba membantu mangsa sebelum petugas paramedik tiba.
Gray dikejarkan ke hospital berdekatan namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Polis mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan.
Siasatan awal menunjukkan Gray melepaskan tembakan pertama sebelum dia ditembak namun tersasar daripada sasaran.
Difahamkan pemandu kereta terbabit bertindak bagi melindungi diri dan keluarganya yang berada di dalam kereta.
Topic Berkaitan
#tembak
#mati
#penunggan motosikal
#keganasan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan