awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand catat 5,916 kes baharu, 44 kematian

Bernama
Bernama
04/07/2021
09:40 MYT
COVID-19: Thailand catat 5,916 kes baharu, 44 kematian
Thailand mencatatkan 5,916 kes baharu COVID-19 dan 44 kematian dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand mencatatkan 5,916 kes baharu COVID-19 dan 44 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 283,067 manakala seramai 2,226 meninggal dunia.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan berkata kes terbaru itu termasuk 5,910 penularan tempatan iaitu sebanyak 1,800 dicatatkan menerusi pengesanan kes aktif manakala enam kes import.
Bangkok kekal melaporkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 1,498 diikuti Pathum Thani (458), Samut Prakan (412), Samut Sakhon (395) dan Chon Buri (275).
Menurut kenyataan itu kes kematian kali ini melibatkan 24 lelaki dan 20 wanita, berusia antara 32 dan 91 tahun termasuk 43 rakyat tempatan serta seorang warga Myanmar.
Sebanyak 30 kematian dilaporkan di Bangkok, Samut Prakan (tiga) dan dua masing-masing di Yala dan Nakhon Pathom dan masing-masing satu di Khon Kaen, Chachoengsao, Pathum Thani, Narathiwat, Prachuap Khiri Khan, Ayutthaya dan Nakhon Si Thammarat.
"Seramai 59,938 pesakit COVID-19 masih dirawat di hospital termasuk 2,147 dalam keadaan serius dan 616 memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#kes baharu
#COVID-19
#CCSA
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan