Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 30, 2021 15:41 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 30 Julai 2021.
1. COVID-19: Duterte perintahkan 'lockdown' di Manila, usaha atasi ancaman varian Delta
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Jumaat meluluskan perintah penutupan (lockdown) ke atas wilayah ibu negara, Manila, dalam usaha mengawal penularan varian Delta COVID-19.
2. Gabenor Phuket arahkan seluruh pulau ditutup, nasib 'Phuket Sandbox' belum diketahui
Gabenor Phuket pada Jumaat memerintahkan keseluruhan pulau peranginan itu ditutup, serta melarang kemasukan pengembara dari wilayah lain bermula 3 Ogos.
3. COVID-19: Separuh daripada 54 juta populasi Myanmar berdepan risiko jangkitan
Separuh daripada 54 juta populasi Myanmar berdepan risiko dijangkiti COVID-19 dalam tempoh dua minggu.
4. COVID-19: Jepun buat pertama kali catat lebih 10,000 kes harian
Sejumlah 10,110 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh Jepun setakat Khamis.
5. COVID-19: Portugal mula beri kelonggaran selepas 50 peratus penduduk lengkap vaksin
Portugal bakal membuka lembaran baharu dalam era pandemik ini dengan Perdana Menterinya menyifatkan ia sebagai kebebasan selepas beberapa kelonggaran akan diumumkan dalam masa terdekat.
6. COVID-19: 60,000 kes kematian dapat dielak susulan program vaksin di UK
Dianggarkan 60,000 kematian berjaya dielakkan susulan program vaksinasi COVID-19 di United Kingdom.
7. Vaksin COVID-19: Biden umum aturan baharu terhadap penjawat awam
Presiden Joe Biden mengumumkan peraturan baharu terhadap penjawat awam dan kontraktor selepas Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan kes dan kadar kematian terutamanya dalam kalangan mereka yang belum menerima vaksin.
8. Pakistan nafi terlibat bantu puak Taliban
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menafikan satu laporan mendakwa pejuang tenteranya merentas sempadan ke negara jiran untuk membantu puak Taliban menentang kerajaan Afghanistan.
9. Kapal MV Ever Given selamat tiba di pelabuhan Rotterdam
Kapal MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez selamat tiba di pelabuhan Rotterdam, Belanda pada Khamis dalam pelayaran pertamanya selepas penyelesaian dicapai berhubung pertikaian pampasan kapal berkenaan awal Julai lalu.
10. COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 196.4 juta, korban 4.19 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 196.4 juta, berikutan lebih sejuta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
#Filipina #Myanmar #Phuket #Rodrigo Duterte #Joe Biden #vaksin #COVID-19 #Evergiven #rotterdam #Imran Khan #Taliban #Afghanistan #Jepun #Manila #Delta Varian