PHUKET: Gabenor Phuket pada Jumaat memerintahkan keseluruhan pulau peranginan itu ditutup, serta melarang kemasukan pengembara dari wilayah lain bermula 3 Ogos.
Bangkok Post melaporkan, dengan arahan terbaru itu, nasib kempen ‘Phuket Sandbox’ menjadi tanda tanya.
Perintah yang ditandatangani Gabenor Narong Woonciew pada Khamis itu, menggariskan sekatan yang lebih ketat di Phuket.
Orang dari luar dilarang memasuki pulau itu kecuali mereka yang bekerja menghantar barangan keperluan, pelajar, dan perkhidmatan perubatan kecemasan.
Begitupun, golongan itu perlu divaksin sepenuhnya dan wajib menunjukkan bukti pemvaksinan itu di pintu masuk.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Kajornsak Kaewjaras berkata, pihaknya akan memantau situasi COVID-19 di Phuket sepanjang dua minggu ke hadapan untuk membuat keputusan sama ada ‘Phuket Sandbox’ boleh diteruskan.
Phuket, katanya, telah menjalankan usaha yang baik untuk mengawal COVID-19. Daripada 12,395 pelancong asing yang memasuki pulau itu, 30 orang yang positif COVID-19 telah dikenal pasti dan dikuarantin.
"Wilayah ini telah berjaya menjejaki semua pelawat yang positif COVID dan menghalang penularan dalam kalangan komuniti setempat,” ujarnya.
Kajornsak berkata, perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan juga mematuhi langkah-langkah pencegahan.
Sejumlah 148 kes jangkitan telah dilaporkan pada minggu lalu, dan semuanya berasal dari wilayah lain, manakala ada penduduk asal Phuket yang didapati positif itu bekerja di wilayah lain dan kembali untuk mendapatkan rawatan perubatan.
"Sekarang ini, terdapat sembilan kluster aktif di Phuket dan semuanya sedang dikuarantin. Kami akan memantau situasi dalam masa dua minggu ini untuk mengenal pasti sama ada fasiliti kuarantin di sini mencukupi,” ujarnya.
Sistem penjagaan kesihatan di Phuket kini beroperasi pada kapasiti 36 peratus, dan masih boleh mengendalikan kes baharu tanpa kes serius yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Agensi
Fri Jul 30 2021

Orang dari luar dilarang memasuki Phuket kecuali mereka yang bekerja menghantar barangan keperluan, pelajar, dan perkhidmatan perubatan kecemasan. - Reuters

PM pelawa syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Semakan semula Akta Industri Pelancongan dijangka siap suku pertama 2026 - MOTAC
Kajian semakan semula Akta 482 telah dimulakan pada Ogos 2023 melalui pelaksanaan 54 sesi libat urus.

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v

Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket
Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah di kepala.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

PM Thai Paetongtarn janji ubah Phuket jadi hab pelancongan mewah global
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah menyatakan visinya untuk mengubah Phuket menjadi destinasi pelancongan premium yang mampu menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

Penerbangan IndiGo ke Phuket dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk
Sebuah pesawat IndiGo yang dalam penerbangan dari Mumbai, India ke Phuket, Thailand terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk pada Jumaat.

Tanah runtuh di Phuket ragut lapan nyawa
Hujan lebat di Phuket menyebabkan banjir kilat, aliran air dari hutan, dan tanah runtuh yang menimbus rumah di Mueang Phuket.

Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.

Raja Muda Perlis santuni masyarakat muslim di Coconut Island, Phuket
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyantuni masyarakat Islam di Coconut Island.

Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.

Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.

Sekatan COVID-19 di Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket dilonggarkan
Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik.