Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 2, 2021 15:55 MYT
Ogos 2, 2021 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 2 August 2021.
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris akan mengadakan lawatan ke Vietnam dan Singapura, menurut Rumah Putih baru-baru ini.
Kemboja pada Ahad memulakan usaha vaksinasi COVID-19 yang menyasarkan kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun di Phnom Penh dan tiga wilayah Kandal, Koh Kong dan Preah Sihanouk.
Beregu wanita badminton Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada negara itu dalam temasya Olimpik Tokyo 2020.
Pemenang pingat emas acara platform 10 meter seirama lelaki, Tom Daley mencuri perhatian lensa penonton apabila dengan gaya selamba mengait ketika menonton acara papan anjal wanita pada temasya itu, semalam.
Dr Anthony Fauci memberi amaran, keadaan akan menjadi lebih buruk susulan varian Delta yang menyebabkan lonjakan kes, terutamanya dalam kalangan individu belum divaksin.
Pemimpin Junta Myanmar, Min Aung Hlaing, mengumumkan memegang jawatan Perdana Menteri, dalam kerajaan interim negara itu. Beliau dalam ucapannya pada Ahad turut mengulangi janji akan mengadakan pilihan raya untuk pemilihan kerajaan awam menjelang 2023.
Seramai 12,500 peserta mengambil bahagian dalam acara itu yang diadakan secara besar-besaran sejak sekatan pergerakan dimansuhkan pada 21 Julai.
Menteri Kewangan Britain Rishi Sunak dilaporkan menggesa kelonggaran sekatan perjalanan untuk menghidupkan semula sektor pelancongan.
Lima hari selepas insiden kebakaran di Turki, angka korban terus meningkat Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, dua lagi kematian dilaporkan di bandar Manavgat manakala 10 mangsa lagi sedang menerima rawatan di hospital.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 4.22 juta Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 613 ribu kes.
#Amerika Syarikat
#Indonesia
#London
#Myanmar
#Singapura
#Vietnam
#Anthony Fauci
#Johns Hopkins University
#Olimpik
#badminton
#COVID-19
#Britain
#pilihan raya
#kebakaran hutan