Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 6, 2021 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 6 Ogos 2021.
1. COVID-19 di Thailand: 21,379 kes positif baharu, 191 kematian
Kementerian Kesihatan Awam Thailand pada Jumaat melaporkan sejumlah 21,379 kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di negara itu dalam tempoh 24 jam lalu.
2. COVID-19: Vaksin Moderna kekal berkesan selepas enam bulan
Moderna mendakwa vaksin COVID-19 dibangunkannya mencatat keberkesanan sekitar 93 peratus sehingga enam bulan selepas dos kedua.
3. Lebih banyak negara dijangka benarkan perjalanan antarabangsa susulan peningkatan vaksinasi
Perdana Menteri Britain optimis lebih banyak negara akan membenarkan perjalanan antarabangsa, susulan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di seluruh dunia.
4. COVID-19: AS pertimbang cadangan wajibkan pengunjung divaksinasi sepenuhnya
White House sedang mempertimbang untuk mewajibkan pengunjung dari luar negara untuk divaksinasi sepenuhnya sebelum negara itu kembali membuka perjalanan antarabangsa.
5. Vaksin COVID-19: AS rancang beri dos ketiga kepada individu berisiko
Amerika Syarikat akan memberikan suntikan penggalak, atau booster, untuk vaksin COVID-19 kepada rakyatnya yang mengalami penurunan antibodi.
6. Amerika Syarikat tawar 'tempat perlindungan' sementara kepada warga Hong Kong
Ribuan penduduk Hong Kong akan ditawarkan 'tempat perlindungan' sementara di Amerika Syarikat (AS).
7. Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Hari ini 6 Ogos genap 76 tahun bom atom bergelar 'Little Boy' dari pesawat Amerika Syarikat B-29 Enola Gay jatuh menimpa bumi Hiroshima, Jepun.
8. COVID-19: Itali wajibkan guru miliki sijil kesihatan digital
Itali pada Khamis mewajibkan supaya guru-guru lengkap divaksin sebelum dibenarkan kembali mengajar secara bersemuka di sekolah.
9. Tokyo 2020: Pelari pecut Belarus terima suaka tiba di Poland
Pelari pecut Belarus, Krystsina Tsimanouskaya yang diarah untuk dihantar pulang ke negara kelahirannya sudah selamat tiba di Poland.
10. Teman wanita mati dengan 20 kesan tikaman, aktor popular Thailand ditahan
Seorang aktor dari siri televisyen popular di Thailand ditahan polis selepas teman wanitanya dijumpai mati dengan kesan tikaman di sebuah kediaman di Bangkok pada awal pagi Jumaat.
#Tokyo #vaksin #Moderna #COVID-19 #Jepun #Hong Kong #Amerika Syarikat #antibodi #hiroshima #Boris Johnson #Belarus #Thailand #Krystsina Tsimanouskaya