ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 7 Ogos 2021.

1) Yu Xuan, bayi terkecil di dunia akhirnya dibenar keluar hospital 

Bayi 14 bulan, Kwek Yu Xuan, yang dilahirkan pramatang di Singapura dengan hanya seberat 212 gram, mungkin mencatat rekod dunia sebagai bayi paling ringan dan dibenarkan keluar hospital dalam keadaan sihat. 

2) Papan litar komputer ciptaan Steve Jobs dilelong RM1.89 juta 

Sebuah papan litar komputer asli dikenali sebagai Apple-1 yang dihasilkan oleh pengasas syarikat Apple, Stebe Jobs dan kakitangannya, Steve Wozniak pada tahun 1976 mahu dilelong pada pada harga AS$450,000 (RM1.89 juta). 

3) Gelombang haba musim panas melampau, kobar api hanguskan hutan Greece, Turki dan California 

DI California, Amerika Syarikat, pasukan bomba dan penyelamat berusaha sehabis tenaga untuk memadamkan api yang memusnahkan hutan berharga di kawasan itu. 

4) Singapura buka semula kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja lengkap divaksin mulai 10 Ogos 

Bermula 10 Ogos Singapura akan menyambung semula proses kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja dan tanggungan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara dan wilayah berisiko tinggi kerana republik itu sudah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi. 

5) Tokyo 2020: Patung sumo dialihkan, namun pereka gelanggang ekuestrian pertahankan hasil kerjanya 

Agensi berita AP melaporkan, patung sumo itu dan sebuah replika pokok sakura, yang menurut peserta ekuestrian mengganggu fokus kuda mereka sewaktu lompatan, adalah antara dekorasi yang kini disimpan.

6) COVID-19: PM Jepun nafi peningkatan kes disebabkan Olimpik Tokyo 

Malah, katanya, tiada bukti yang dapat mengaitkan angka kes jangkitan dengan temasya sukan yang berlangsung sejak 23 Julai lalu itu. 

7) COVID-19: Gabenor California tekad mahu sekolah dibuka seperti biasa 

Beliau yang mengunjungi sebuah sekolah di San Bernardino pada Jumaat bertegas enggan para pelajar meneruskan pengajian secara dalam talian.

8) Vaksin COVID-19: 4.34 bilion dos didaftarkan seluruh dunia 

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.4 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. 

9) Vaksin COVID-19: Presiden Peru terima suntikan pertama 

'Pedro Castillo menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Jumaat dan menggesa agar rakyat negara itu turut melakukan perkara sama.

10) Kes COVID-19 kanak-kanak meningkat, Thailand tubuh pusat jagaan 

Jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di Thailand turut mencatatkan peningkatan, ketika negara ini terus bergelut membendung penularan wabak.