SINGAPURA: Bermula 10 Ogos Singapura akan menyambung semula proses kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja dan tanggungan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara dan wilayah berisiko tinggi kerana republik itu sudah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.
Menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19, pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura.
Seseorang itu hanya dianggap lengkap divaksin selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech (Comirnaty), Moderna atau yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pada Mei, Singapura mengumumkan tidak menerima permohonan kemasukan baharu bagi pemegang pas kerja dari negara dan wilayah berisiko tinggi, kerana peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara dunia.
Pada sidang media maya pada Jumaat, Pengerusi Bersama MTF Lawrence Wong berkata pemohon bagaimanapun perlu mematuhi protokol kesihatan ditetapkan Singapura.
"Oleh kerana kita telah mencapai tahap liputan vaksin yang lebih tinggi, kita akan mula menyesuaikan peraturan sempadan dan akan menyambung semula proses kelulusan masuk untuk pemegang pas kerja yang lengkap divaksin dan bergantung kepada syarat SHN (Notis Tinggal di Rumah) yang ada," katanya.
Setakat 5 Ogos, 67 peratus rakyat Singapura telah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan dan MTF menjangkakan menjelang 9 Ogos, sekitar 70 peratus daripada keseluruhan penduduk akan lengkap dua dos.
Wong yang juga Menteri Kewangan berkata mulai 20 Ogos, Singapura akan membenarkan lebih ramai pengembara yang lengkap divaksin dari beberapa negara tertentu untuk memilih sama ada dikuarantin 14 hari di kemudahan khas SHN atau di rumah dan penginapan lain yang sesuai.
"Bermula 20 Ogos, kami akan kenal pasti mengikut kumpulan negara yang mempunyai kadar risiko yang kita anggap boleh diterima dan pelancong yang sudah lengkap divaksin akan diberikan kebenaran pilihan kuarantin untuk keluar dari SHN dan menjalani kurantin di rumah dan senarai penuh kumpulan negara itu akan dikeluarkan (tidak lama lagi)," katanya.
Sebagai contoh, bermula 21 Ogos, semua pelancong dari Australia, Austria, Kanada, Jerman, Itali, Norway, Korea Selatan dan Switzerland, boleh memohon keluar dari SHN dan melengkapkan kuarantin mereka di kediaman masing-masing atau rumah lain yang sesuai.
MTF juga melaksanakan semakan bertahap pada Fasa 2 (Amaran Tahap Tinggi) ini dan akan melonggarkan sesetengah sekatan dalam dua peringkat, yang pertama bermula 10 Ogos dan diikuti pada 19 Ogos 'andai keadaan kekal stabil'.
Antara lain, ia akan membenarkan lebih ramai orang hadir dalam acara atau majlis serta kehadiran di rumah ibadat, panggung wayang, majlis rasmi, acara hiburan dan sukan serta majlis perkahwinan untuk sehingga 1,000 orang, andai semua yang hadir sudah divaksin, bermula 19 Ogos.
MTF juga akan turut melongarkan syarat kerja dari rumah, terutama terhadap langkah membenarkan sehingga 50 peratus jumlah tenaga kerja, kembali bertugas di pejabat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021
Pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura. - Foto fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.