Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 2, 2021 15:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 2 September 2021.
1. Perdagangan multilateral mainkan peranan amat penting - Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam
Perdagangan multilateral memperlihatkan nilai yang amat signifikan apabila amalan perlindungan terus berleluasa pada masa ini, kata Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor pada Rabu.
2. Ikon Pemisah | Syed Ali Geelani meninggal dunia
Ikon pemisah, Syed Ali Geelani dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Srinagar, Kashmir, India pada Rabu.
3. Dunia sangsi dengan janji Taliban - Salawati
Pakar antarabangsa berpendapat, Taliban perlu diberi masa untuk membuktikan mereka melaksanakan pentadbiran yang menegakkan hak asasi manusia.
4. Konflik Afghanistan | Hala tuju Afghanistan di bawah Taliban
Taliban sebelum ini mendakwa bahawa mereka sudah berubah dan sudah berlajar daripada kesilapan lalu. Namun, pakar antarabangsa menyatakan bahawa Taliban perlu diberi masa untuk membuktikan perkara itu.
5. Di Bawah Taliban | Afghanistan dibelenggu masalah ekonomi
Selepas tentera Amerika yang terakhir keluar, warga Afghanistan kini harus berdepan pelbagai kekangan dan cabaran ekonomi. Terkini, Taliban keluarkan arahan kepada bank pusat yang perniagaan dan individu hanya dibenar untuk mengeluarkan 200 dollar seminggu daripada akaun mereka.
6. Amaran COVID-19 | Ketika ekonomi besar Asia Tenggara longgar sekatan
Pakar kesihatan awam memberi amaran kes jangkitan baharu COVID-19 di Thailand dan Indonesia kembali meningkat, susulan kadar vaksinasinya yang masih rendah. Amaran ini dikeluarkan ketika dua negara berkenaan melonggarkan sekatan, susulan penurunan kes COVID-19.
7. COVID-19: Korea Utara tolak tawaran 3 juta vaksin Sinovac
Korea Utara enggan menerima tiga juta dos vaksin COVID-19 yang diperuntukkan di bawah inisiatif COVAX, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu.
8. Pfizer, Merck umum kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19
Syarikat farmaseutikal Pfizer Inc dan Merck & Co Inc mengumumkan kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19. Fasa ujian peringkat pertengahan ke akhir ini akan melibatkan 1,140 pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.
9. Bencana cuaca semakin kerap, akibatkan kerugian besar - Agensi PBB
Kejadian bencana seperti banjir dan gelombang haba yang dipacu perubahan iklim telah meningkat sebanyak lima kali ganda sepanjang tempoh 50 tahun, dan mengorbankan lebih 2 juta orang serta mengakibatkan kerugian bernilai AS$3.64 triliom keseluruhannya.
10. Vaksin COVID-19 | WHO kritik pemberian dos penggalak, gesa tangguh
Jelas Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, beliau menentang penggunaan dos itu secara meluas terutama bagi individu yang sihat buat masa ini.
#Afghanistan #Hong Kong #Indonesia #India #Korea #China #Thailand #Taliban #WHO #COVAX #Pfizer #COVID-19