awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pfizer, Merck umum kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2021
00:40 MYT
Pfizer, Merck umum kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19
Julai lalu, Pfizer memulakan ujian pil dalam kalangan pesakit COVID-19 dewasa yang berisiko berubah menjadi kritikal, susulan masalah kesihatan lain. - Gambar fail REUTERS
SYARIKAT farmaseutikal Pfizer Inc dan Merck & Co Inc mengumumkan kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19.
Fasa ujian peringkat pertengahan ke akhir ini akan melibatkan 1,140 pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.
Pesakit dalam fasa ujian ini tidak ada risiko penyakit kritikal.
Mereka akan diberikan pil Pfizer dan dos rendah ritonavir, gabungan ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan HIV.
Pil Pfizer dibangunkan untuk menyekat aktiviti enzim utama, yang diperlukan virus untuk membiak.
Menurut Merck, kajian baharu ini akan melihat ubat molnupiravir untuk pencegahan COVID-19 dalam kalangan dewasa yang tinggal serumah dengan pesakit yang mempunyai simptom jangkitan.
Julai lalu, Pfizer memulakan ujian pil dalam kalangan pesakit COVID-19 dewasa yang berisiko berubah menjadi kritikal, susulan masalah kesihatan lain seperti diabetes.
Ia menjangkakan keputusan awal kajian ini diperoleh pada pertengahan September.
Jika kajian ini berjaya, Pfizer akan memfailkan permohonan kebenaran untuk penggunaan kecemasan pada suku keempat tahun ini.
Topic Berkaitan
#Pfizer
#merck
#kajian baharu
#pil antiviral COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan