DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 September 2021.
Perancis memanggil pulang dutanya di Amerika Syarikat (AS) dan Australia sebagai bantahan terhadap pakatan tiga hala yang baru dibentuk pada Khamis.
Pesawat Air France buat pendaratan cemas ekoran kebakaran
2. Penerbangan Air France AF393 (Beijing-Paris) terpaksa berpatah balik ke Beijing untuk membuat pendaratan cemas akibat kebakaran, lapor Beijing Daily.
Kewujudan kebun sayur yang unik kini menjadi perhatian di sebuah tapak letak kenderaan di Bangkok, Thailand.
SEORANG pelajar di India terpaksa membalut kakinya dengan kain langsir selepas dihalang oleh gurunya untuk menduduki peperiksaan kerana muncul di dewan peperiksaan di sebuah universiti dengan memakai seluar pendek.
PENTADBIRAN Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menolak rancangan suntikan penggalak Pfizer kepada warga negara itu.
LEBIH 5.85 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 227 juta.
Rancangan Thailand untuk membuka semula Bangkok kepada pengembara asing yang ditangguhkan kepada 15 Oktober, kemungkinan besar akan ditunda lagi kerana bandar raya itu tidak mungkin mencapai sasaran 70 peratus penduduk dewasa menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sejak gelombang baharu jangkitan COVID-19 dikesan pada 23 Ogos, Singapura telah mencatatkan lebih 8,000 kes COVID-19.
LEGENDA Brazil, Pele memaklumkan, beliau pulih dengan baik selepas menerima rawatan intensif susulan pembedahan yang dijalaninya baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami