awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2021
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 Oktober 2021.
1. Indonesia batal gelembung perjalanan dengan Singapura
Gabenor Kepulauan Riau Indonesia Ansar Ahmad berkata pelan 'gelembung perjalanan' dengan Singapura, yang pada awalnya dijadualkan pada Oktober 2021, dibatalkan berikutan lonjakan kes COVID-19 di negara pulau itu.
2. Gempa bumi Pakistan: 20 maut, lebih 40 cedera
Sekurang-kurangnya 20 maut dan lebih 40 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, awal Khamis.
3. Kes COVID-19 Thailand turun bawah 10,000 dua hari berturut
Thailand mencatat 9,869 kes baharu COVID-19, dua hari berturut-turut di bawah 10,000, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara sebanyak 1.66 juta.
4. Tembakan di sekolah: Suspek berjaya ditahan, empat cedera di Texas
Seorang pelajar 18 tahun bertindak melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah di daerah Dallas dalam satu pergaduhan hingga menyebabkan empat cedera, sebelum suspek melarikan diri.
5. WFP beri amaran krisis kemanusiaan di Afghanistan
Menurut Wakil Program Makanan Sedunia (WFP) PBB di Afghanistan Mary-Ellen McGroarty, selepas 15 Ogos, simpanan luar Afghanistan dibekukan sementara bantuan bajet dan pembangunan digantung.
6. COVID-19: Kanada lancar mandat vaksin paling ketat dunia
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau melancarkan mandat vaksin yang paling ketat di dunia. Antara lain, Kanada akan memberikan cuti tanpa gaji kepada penjawat awam yang belum divaksin.
7. Pandora Papers | EU perkenal RUU baharu tangani elak cukai
Suruhanjaya Eropah (EU) akan kemukakan rang undang-undang baharu untuk tangani tindakan elak cukai susulan pendedahan Pandora Papers dan cadangan itu dijangka akan dibentangkan menjelang hujung tahun ini.
8. COVID-19 | AS labur AS$1 bilion untuk kit ujian pantas
Amerika Syarikat akan membeli 180 juta kit ujian saringan pantas COVID-19 (RTK Antigen) dengan harga AS$1 bilion. Ia penambahan kepada rancangan pembelian RTK Antigen bernilai AS$2 bilion yang diumumkan pada September.
9. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 236.1 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 236.1 juta. Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
10. Vaksin COVID-19 | Jumlah dos didaftarkan seluruh dunia: 6.36 bilion
Lebih 6.34 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Rabu. Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Indonesia
#Pakistan
#Singapura
#Thailand
#China
#EU
#Justin Trudeau
#PBB
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#vaksin
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan