awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di sekolah: Suspek berjaya ditahan, empat cedera di Texas

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2021
00:44 MYT
Tembakan di sekolah: Suspek berjaya ditahan, empat cedera di Texas
Anggota keselamatan dilihat sekitar kawasan sekolah susulan kejadian tembakan di Mansfield Timberview High School di Arlington, Texas, 6 Okt, 2021. REUTERS
SEORANG pelajar 18 tahun bertindak melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah di daerah Dallas dalam satu pergaduhan hingga menyebabkan empat cedera, sebelum suspek melarikan diri.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu, pelajar terbabit berjaya ditahan beberapa jam kemudian.
Timothy George Simpkins ditahan tanpa didakwa dengan beberapa tuduhan serangan menggunakan pistol.
Kejadian yang berlaku di Mansfield Timberview High School di Arlington itu telah menyebabkan seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala tiga yang lain cedera ringan.
Polis mengesahkan bahawa mereka yang cedera adalah pelajar.
Dalam satu sidang media, Polis Arlington memaklumkan, kejadian berpunca dari pergaduhan di salah sebuah kelas di sekolah yang mempunyai 1,900 pelajar dan dibuka pada tahun 2004 itu.
Kejadian tembakan itu berlaku beberapa hari selepas kejadian tembakan sekolah di Houston yang mencederakan pentadbir sekolah.
Tembakan di sekolah yang paling buruk pernah berlaku adalah di Texas pada Mei 2018 yang menyebabkan 10 pelajar termasuk guru maut.
Topic Berkaitan
#tembakan di sekolah
#Arlington
#Texas
#Mansfield Timberview High School
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan