Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 13, 2021 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 13 Oktober 2021.
1. Bali Indonesia bakal dibuka semula kepada pelancong antarabangsa
Pulau peranginan Indonesia, Bali bakal dibuka semula kepada pelancong antarabangsa pada Khamis.
2. Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma, dilapor membuat kemunculan semula di Hong Kong untuk bertemu rakan-rakan perniagaannya.
3. PM Norway Erna Solberg letak jawatan
Perdana Menteri Norway Erna Solberg menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di Istana Kerajaan pada Selasa.
4. Pengeluaran iPhone 13 terjejas akibat kekurangan bekalan cip
Syarikat teknologi Apple dilapor terpaksa mengurangkan pengeluaran iPhone 13 di pasaran ekoran bekalan cip pemprosesan yang terjejas.
5. COVID-19: FDA tolak permohonan suntikan penggalak Moderna
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) tolak permohonan pengeluar vaksin Moderna untuk dos penggalak COVID-19.
6. COVID-19: Presiden Rusia gesa vaksinasi dipercepatkan
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa menegaskan program vaksinasi di negara itu perlu dipergiatkan.
7. Unjuran KDNK OKT IMF: IMF semak turun unjuran ekonomi dunia, Malaysia
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 kepada kepada 3.5 peratus berbanding unjuran awal 4.7 peratus pada Julai.
8. Negara G-20 ikrar percepat bantuan ke Afghanistan
Kumpulan 20 negara (G-20) berikrar untuk mempercepatkan bantuan ke Afghanistan, di tengah-tengah kebimbangan krisis kemanusiaan dan kewangan negara itu akan menjadi lebih teruk pada musim sejuk.
9. 28 maut, bas terjunam dalam gaung di Nepal
Sekurang-kurangnya 28 maut di barat Nepal selepas sebuah bas yang dinaiki terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.
10. Shah Rukh Khan lantik peguam baharu kendali kes anak
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan melantik Amit Desai untuk mewakili anaknya yang didakwa terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah.
#Bali #Indonesia #Jack Ma #China #Hong Kong #Norway #iPhone 13 #Moderna #Rusia #Afghanistan #Nepal #Shah Rukh Khan