PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) tolak permohonan pengeluar vaksin Moderna untuk dos penggalak COVID-19.

Saintis memaklumkan pada Selasa, Moderna tidak memenuhi semua kriteria dos penggalak.

Permohonan itu tidak diluluskan berkemungkinan besar kerana keberkesanan dua suntikan Moderna sebelumnya masih kekal tinggi.

Dokumen FDA mendedahkan data vaksin Moderna menunjukkan ia meningkatkan antibodi perlindungan.

Namun perbezaan tahap antibodi sebelum dan selepas suntikan tidak mencukupi.

Dokumen dapatan ini dikeluarkan menjelang mesyuarat FDA yang akan membincangkan perihal suntikan penggalak.

Moderna mohon kelulusan dos penggalak 50 mikrogram, separuh daripada vaksin asal yang diberikan dalam dua suntikan, berselang empat minggu.

Suntikan ketiga ini disasarkan buat golongan berusia 65 tahun dan ke atas, termasuk individu berisiko tinggi.

Pentadbiran Presiden Joe Biden umum pemberian suntikan penggalak untuk golongan dewasa.

Namun ada segelintir saintis berpendapat kajian sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong pelan itu.