ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 14 Oktober 2021.

1. Jepun bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya umum

Dalam era selepas perang, buat kali pertama pilihan raya umum Jepun diadakan selepas tempoh penggal berakhir. Tempoh masa antara pembubaran Parlimen dan hari pengundian juga adalah yang paling singkat.

2. Bali dibuka semula kepada pelancong, tetapi tanpa penerbangan antarabangsa

Selepas 18 bulan terjejas akibat pandemik COVID-19, akhirnya destinasi percutian terkenal Indonesia, iaitu Bali, kembali dibuka kepada pelancong asing.

3. Didakwa sebar berita palsu, pegawai tinggi stesen TV swasta ditahan polis

Pegawai berkenaan dipercayai terlibat dalam penyebaran berita palsu dan menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan kaum di media sosial.

4. COVID-19 | WHO tubuhkan pasukan baharu, kaji asal virus

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mencalonkan 26 pakar untuk menganggotai jawatankuasa itu yang dikenali sebagai Scientific Advisory Group on the Origins of Novel Pathogens (SAGO).

5. Dos Penggalak | Syarikat pengeluar mohon kelulusan tambahan

Syarikat pembuat vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat sedang memohon kelulusan tambahan daripada pengawal selia persekutuan dalam usaha untuk memberikan lebih dos penggalak kepada rakyatnya yang berisiko. 

6. Angka kematian akibat ribut tropika di Filipina meningkat kepada 19 orang

Angka kematian akibat ribut tropika Kompasu meningkat kepada 19 orang dan 13 orang masih hilang, kata kerajaan pada Khamis.

7. Presiden Brazil sah enggan terima vaksin COVID-19

Sejak dijangkiti pada Julai 2020, Bolsonaro sering mendakwa beliau mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan virus tersebut.
 dipercayai telah melarikan diri selepas pemenang rekod dunia itu ditemui mati di kediamannya.

8. Kenderaan terbenam dalam lubang

Dua buah kenderaan terbenam dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di Rusia pada Rabu. Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara itu.

9. Boeing wajibkan pekerja terima suntikan vaksin COVID-19

Syarikat pengeluar pesawat Boeing mewajibkan kesemua 125,000 pekerjanya untuk mendapatkan vaksin COVID-19 atau berdepan risiko dibuang kerja.

10. Serangan Norway | Lima maut, dua cedera dipanah lelaki secara rambang

Seorang lelaki yang bersenjatakan busur dan panah membunuuh sekurang-kurangnya lima orang dalam kejadian di ibu kota Norway, Oslo. Ketua Polis Kongsberg, Oyvind Aas memaklumkan, penyerang berkenaan bagaimanapun berjaya ditangkap.