awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya umum

Bernama
Bernama
14/10/2021
06:53 MYT
Jepun bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya umum
Pada 29 Sept lepas Fumio Kishida memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan dipilih menjadi perdana menteri baharu pada 4 Okt. - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Penggal empat tahun Ahli Parlimen Dewan Rakyat tamat pada 21 Okt.
Dalam era selepas perang, buat kali pertama pilihan raya umum Jepun diadakan selepas tempoh penggal berakhir. Tempoh masa antara pembubaran Parlimen dan hari pengundian juga adalah yang paling singkat.
Pada 29 Sept lepas Fumio Kishida memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan dipilih menjadi perdana menteri baharu pada 4 Okt.
Kishida mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat pada pilihan raya umum kali ini menerusi dasarnya untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik dan memperkasa tindak balas COVID-19.
Beliau berkata pakej ekonomi bernilai "puluhan trilion yen" sedang disiapkan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.
Dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Kishida berikrar untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara dan mengagihkan semula hasil kejayaan itu untuk mewujudkan kelas pertengahan yang lebih kuat.
Namun, baru-baru ini beliau menegaskan Jepun perlu merealisasikan pertumbuhan ekonomi terlebih dahulu sebelum mengagihkan semula kekayaan.
Menurut tinjauan Kyodo News, rating sokongan terhadap Kabinet Kishida sebanyak 55.7 peratus.
Ikrar Kishida untuk mengurangkan jurang kekayaan agak diragui selepas beliau menyatakan untuk menangguhkan rancangannya mempertimbangkan menaikkan kadar cukai keuntungan modal.
Sementara itu, Party Constitutional Democratic Japan (CDPJ) menegaskan bahawa Jepun tidak dapat mencapai pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan kecuali masalah pengagihan semula kekayaan diatasi terlebih dahulu.
Parti itu berikar akan meningkatkan cukai individu yang kaya dan syarikat besar sambil meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
CDPJ telah meminta menurunkan cukai penggunaan dari 10 peratus kepada lima peratus dan pengecualian cukai kepada mereka yang memperoleh kurang 10 juta yen (US$88,063,05) setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Jepun dibubar
#Pilihan Raya Jepun
#Fumio Kishida
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan