awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat ribut tropika di Filipina meningkat kepada 19 orang

Bernama
Bernama
14/10/2021
04:12 MYT
Angka kematian akibat ribut tropika di Filipina meningkat kepada 19 orang
Seorang penduduk melihat keadaan banjir susulan ribut tropika Kompasu yang melanda Filipina. - Foto REUTERS
MANILA: Angka kematian akibat ribut tropika Kompasu meningkat kepada 19 orang dan 13 orang masih hilang, kata kerajaan pada Khamis.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional menyebut angka kematian boleh meningkat ke 30 orang, sambil mengesahkan laporan mengenai 11 kematian lain dan satu hilang akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah utara Filipina dan Palawan, sebuah wilayah pulau yang terletak di luar pulau Luzon, lapor Xinhua.
Ribut tropika itu, yang bergerak meninggalkan Filipina pada Selasa, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh menyebabkan hampir 2,000 orang dipindahkan ke tempat selamat.
Menurut agensi itu, kerosakan paling besar adalah di wilayah utara Filipina. Kemusnahan tanaman pertanian di kawasan itu dianggarkan bernilai AS$9.7 juta.
Badai tropika Kompasu yang melanda Filipina pada Isnin, adalah taufan tropika ke-13 yang membadai negara itu tahun ini.
Taufan dan ribut tropika kerap melanda kepulauan Filipina, yang terletak di lingkaran laluan angin taufan di barat Pasifik, meragut ratusan nyawa dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion-bilion dolar.
Kira-kira 20 taufan melanda Filipina setiap tahun. Daripada pulau-pulau yang membentuk Filipina, Luzon utara dan Visayas timur di Filipina tengah adalah yang paling sering terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#Kompasu
#angka kematian
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan