Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 12, 2021 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 November 2021.
1. Singapura: Nagaenthran sudah menerima proses perundangan sewajarnya
Ini berdasarkan kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Singapura sebagai menjawab pertanyaan media mengenai surat yang diutus pemimpin Malaysia berhubung penghakiman kes Nagaenthran K Dharmalingam, 33, rakyat Malaysia yang berasal dari Perak.
2. Negara dipegang pada janjinya
China menepati janjinya mengutamakan nyawa rakyat dan bekerjasama dengan dunia untuk melawan COVID-19.
3. Julian Assange dibenar berkahwin di penjara
Pengasas Wikileaks, Julian Assange diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan pasangannya, Stella Moris di penjara Belmarsh, United Kingdom menurut laporan BBC.
4. Pemilik pertama suara Nobita meninggal dunia
Pemilik suara pertama watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota, meninggal dunia baru-baru ini akibat kegagalan jantung pada usia 89 tahun.
5. Krisis Pendatang | PBB bincang krisis pendatang Poland- Belarus
Bercakap menjelang mesyuarat majlis keselamatan, Wakil Tetap UK ke PBB, Barbara Woodward berkata krisis pendatang di Belarus boleh menyebabkan implikasi geopolitik yang ketara.
6. COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 251.8 juta, korban 5.07 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 251.8 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
7. COVID-19: Republik Czech hadapi peningkatan mendadak
Negara itu merekodkan 13,502 kes baharu pada Khamis, manakala kes tertinggi harian yang pernah direkodkan adalah sebanyak 17,776 pada 7 januari.
8. Korea Selatan perkenal 'drone taxi'
Kementerian Pengangkutan negara itu menampilkan teknologi berkenaan di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul pada Khamis.
9. Angka kematian akibat rempuhan di festival muzik meningkat kepada 9
Rempuhan ketika konsert penyanyi rap Travis Scott diadakan pada Jumaat lepas meragut nyawa 9 mangsa antara usia 14 dan 27 manakala ratusan lagi cedera dalam insiden itu.
10. 14 maut kejadian banjir di Tamil Nadu
Beberapa daerah lain turut mengeluarkan amaran bahaya dan dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi air deras dari Teluk Bengal.
#Nagaenthran K Dharmalingam #Julian Assange #Yoshiko Ota #Nobita #Travis Scott #PBB #COVID-19