awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat rempuhan di festival muzik meningkat kepada 9

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2021
22:03 MYT
Angka kematian akibat rempuhan di festival muzik meningkat kepada 9
Bharti Shahani meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di konsert tersebut. - Foto Facebook/KPRC2 Cathy Hernandez
HOUSTON: Angka kematian susulan rempuhan di Festival Muzik Astroworld meningkat kepada 9 selepas seorang pelajar universiti meninggal dunia pada Rabu, menurut peguam keluarga mangsa.
Rempuhan ketika konsert penyanyi rap Travis Scott diadakan pada Jumaat lepas meragut nyawa 9 mangsa antara usia 14 dan 27 manakala ratusan lagi cedera dalam insiden itu.
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun masih dirawat di hospital dalam keadaan kritikal, kata polis.
Menurut peguam James Lassiter, Bharti Shahani, 22, seorang pelajar di Universiti Texas A&M, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di konsert tersebut.
Dia menghadiri konsert tersebut bersama kakak dan sepupunya yang hanya cedera dalam kejadian itu.
"Kami mahu pastikan mereka yang membuat keputusan untuk utamakan keuntungan daripada keselamatan orang ramai dipertanggungjawabkan," katanya dalam satu sidang media khas pada Khamis.
Sementara itu, Scott menggesa mangsa kejadian untuk menghubunginya dan ingin menghulurkan apa bentuk bantuan kepada mereka, dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: 8 maut, ratusan cedera dalam rempuhan pada malam pembukaan festival muzik
Sebelum ini penyanyi itu menawarkan untuk membiayai kos pengebumian mangsa serta memberikan perkhidmatan kaunseling percuma kepada mereka yang terkesan akibat tragedi tersebut.
BACA: Travis Scott biaya kos upacara pengebumian mangsa, berdepan tindakan saman
Ketua Polis Houstanm Troy Finner berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sehingga kini sebanyak 50 saman difailkan terhadap syarikat Live Nation Entertainment Inc dan Scott.
Topic Berkaitan
#rempuhan
#Festival Muzik Astroworld
#meninggal dunia
#Travis Scott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan