“KITA tahu bahawa China ialah negara yang 100 peratus menepati janjinya. Jadi, apakah butiran sasaran pengurangan pelepasan karbon negara ini menjelang tahun 2030?”

Demikianlah soalan seorang wartawan dari Kanada kepada Utusan Khas China, Xie Zhenhua dalam sidang akhbar Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2021 yang diadakan di Glasgow pada malam Rabu.

Wartawan ini memang benar-benar kenal akan budaya China.

Contoh terkini, tatkala menghadapi perubahan besar situasi antarabangsa dan pandemik yang tidak pernah dialami oleh dunia dalam seabad, China telah menepati janjinya yang mengutamakan nyawa rakyat dan bekerjasama dengan dunia untuk melawan COVID-19, sekali gus menyokong pemulihan ekonomi di dalam dan luar negara.

Menurut pihak berkuasa China, jumlah kes harian baharu COVID-19 berjumlah 74 semalam dan tiada kes kematian di negara ini selama beberapa bulan.

Sehingga kini, kira-kira 2.4 bilion dos vaksin telah digunakan di China.

Di samping itu, program vaksinasi dos ketiga (dos penggalak) telahpun dilancarkan di seluruh negara.

Pada masa yang sama, China telah menyediakan 1.7 bilion dos vaksin kepada dunia selain turut menggalakkan kerjasama pengeluaran vaksin di beberapa negara membangun.

Walaupun situasi dalam negeri telah menjadi reda, namun China tetap menjalankan kawalan wabak yang ketat.

Tatkala media Barat yang asyik mengada-adakan pengaruh negatif dasar kawalan wabak tersebut terhadap ekonomi, pembangunan China tetap memainkan peranan utama dalam menjana ekonomi dunia. Sebenarnya peranan ini semakin kukuh dan penting bagi dunia buat masa ini.

Dalam Karnival Beli-belah dalam talian 11 November, jualan dari dua platform utama e-dagang di China iaitu Tmall dan JD berjumlah RMB889.4 bilion (RM579.7 bilion) naik RMB119.7 bilion (RM78 bilion) berbanding tahun lalu.

Jika ikut laporan media Bart, apakah ini petanda ekonomi China akan lumpuh?

Seminggu sebelum ini pula, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 di Shanghai menarik penyertaan lebih 2,900 buah syarikat dari dunia, hasilnya USD70.72 bilion perniagaan tercapai.

Semua peniaga asing bersedia mematuhi kawalan wabak dan kuarantin selama tiga minggu untuk menggunakan platform yang disediakan oleh China ini untuk meneroka pasaran raksasa di negara ini, menyelamatkan diri daripada impak pandemik.

Janji yang telah ditepati China juga termasuk membawa semua penduduknya keluar daripada kemiskinan menjelang 2020.

Ini disebabkan kerajaan China selalu menjadikan kesejahteraan rakyat dan kebangkitan semula bangsa sebagai sasaran perjuangan, terus meneroka jalan berdikari dan bercirikan China, berani mengesan dan membetulkan kesilapan.

Dalam 100 tahun yang lalu, pelbagai janji untuk kemerdekaan negara, pembangunan negara dan mengkayakan negara turut telah menjadi kenyataan.

Kini perjuangan China telah memasuki fasa keempat, iaitu membangunkan China menjadi negara kuat yang maju, demokratik, bertamadun, harmoni, indah dan moden pada pertengahan abad ini.

Untuk mewujudkan janji ini, China patut menimba pengalaman dari perjuangan selama 100 tahun yang terdahulu.

Jalan perjuangan dan pembangunan China setakat ini berbeza dengan apa jua negara di dunia.

Bagaimanapun, ia jelas satu jalan yang menuju arah yang betul. Berdasarkan pungutan suara terkini yang diadakan oleh media luar, kadar kepuasan hati rakyat China terhadap kerajaan mencatat 98 peratus.

Ini pengiktirafan terhadap jalan pembangunan terpilih oleh rakyat dan kerajaan China dan menjadikan keyakinan China untuk terus mencapai perkembangan.