Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 30, 2021 15:55 MYT
Disember 30, 2021 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 30 Disember 2021.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluarkan amaran mengenai peningkatan varian COVID-19 Omicron di negara itu pada minggu terakhir tahun ini.
Selepas setahun vaksin dilancarkan, kes baharu COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) terus melonjak ke paras tertinggi dengan 265,000 sehari secara purata.
Pemakaian pelitup muka serta arahan penjarakan fizikal di semua tempat tertutup dan terbuka kembali dilaksanakan di Arab Saudi bermula Khamis.
Perancis meningkatkan tekanan terhadap individu tidak mendapat vaksin COVID-19.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson menyeru mereka yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19, untuk segera berbuat demikian selain meminta rakyatnya berwaspada ketika sambutan tahun baharu.
Pelanggan yang selesai menikmati makanan di medan selera atau kedai kopi namun enggan mengemas meja yang telah mereka gunakan, akan berdepan dengan denda bermula 1 Januari 2022.
Sekumpulan wanita berarak di ibu negara Afganistan, Kabul menggesa kerajaan Amerika Syarikat memulangkan kembali aset negara yang dibekukan oleh mereka.
Amerika Syarikat melantik bekas pegawai Jabatan Negara, Rina Amiri, sebagai utusan khas untuk wanita, gadis dan hak asasi manusia Afghanistan.
Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.
Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah.