awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa berukuran 7.4 gegar Maluku, Indonesia

Bernama
Bernama
30/12/2021
03:46 MYT
Gempa berukuran 7.4 gegar Maluku, Indonesia
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.
Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.
Menurut Xinhua, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut.
Agensi itu melaporkan gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan mengingatkan penduduk supaya bertenang dan berwaspada.
Indonesia sering terdedah kepada gempa bumi kerana kedudukannya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#Maluku
#gegaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan