awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Influencer' Singapura didakwa kongsi bahan lucah melalui OnlyFans

Agensi
Agensi
30/12/2021
09:28 MYT
'Influencer' Singapura didakwa kongsi bahan lucah melalui OnlyFans
Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah. - Foto/Instagram/Titus Low
SINGAPURA: Influencer terkenal Singapura, Titus Low, didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan berkongsi bahan lucah melalui media elektronik, dan satu pertuduhan gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan kepadanya.
Low, yang juga personaliti popular di laman OnlyFans, hadir di mahkamah pada 30 Disember dan diwakili peguam, dibenarkan ikat jamin S$5,000 (RM15,424).
Sebagai sebahagian daripada syarat jaminannya, dia tidak boleh mengakses akaun OnlyFans atau menghubungi mana-mana saksi pendakwaan.
Kesnya ditangguhkan ke 20 Januari 2022 sementara menanti siasatan selesai.
Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah, lapor The Straits Times.
Dia ditahan polis Singapura pada 29 Disember.
Dalam satu kenyataan, polis memaklumkan mereka menerima laporan pada 4 September, yang mendakwa bahawa Low telah memuat naik imej dan video alat sulitnya melalui akaun OnlyFans.
Polis merampas akaun OnlyFans Low dan mengarahkannya untuk tidak mengakses akaun itu pada 11 Okt.
Bagaimanapun, Low melanggar arahan tersebut dan mengakses akaun berkenaan dengan cara melaporkan akaunnya tidak selamat, seterusnya menetapkan semula kata laluannya.
Jika didapati bersalah kerana gagal mematuhi arahan polis, Low boleh didenda sehingga S$5,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan menghantar bahan lucah pula, Low boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda, atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#bahan lucah
#Titus Low
#Singapura
#OnlyFans
#influencer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan