WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Rabu melantik bekas pegawai Jabatan Negara, Rina Amiri, sebagai utusan khas untuk wanita, gadis dan hak asasi manusia Afghanistan.
"Sebagai Utusan Khas, beliau akan bertanggungjawab bagi isu yang sangat penting bagi saya, Pentadbiran ini dan keselamatan negara AS: hak asasi manusia dan kebebasan wanita, kanak-kanak perempuan dan populasi berisiko yang lain dalam apa jua keadaan," kata Setiausaha Negara Antony Blinken dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
"Kami inginkan Afghanistan yang aman, stabil dan selamat, dengan semua rakyatnya boleh hidup dan berkembang maju dalam politik, ekonomi dan sosial. Utusan Khas Amiri akan bekerjasama rapat dengan saya ke arah matlamat itu," tambahnya.
Blinken turut melantik Stephenie Foster sebagai penasihat kanan untuk isu wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pasukan Penyelaras Jabatan Negara untuk Usaha Penempatan Semula Afghanistan (CARE).
"Dua pemimpin yang berkelayakan tinggi dan dihormati ini akan memikul tugas penting Jabatan Negara untuk menyokong wanita, gadis dan hak asasi manusia Afghanistan," tambahnya.
Amiri berkhidmat di Jabatan Negara di bawah bekas Presiden Barack Obama.
Pada akhir Ogos, selepas 20 tahun kehadiran tentera dan diplomatik di negara itu, AS berundur dari Afghanistan. Kepulangan Taliban menyebabkan gadis dan wanita di negara itu hanya mempunyai beberapa pilihan untuk pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Blinken turut melantik Stephenie Foster sebagai penasihat kanan untuk isu wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pasukan Penyelaras Jabatan Negara untuk Usaha Penempatan Semula Afghanistan (CARE). - Foto AP

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Banjir N.Sembilan: Dua PPS dibuka di Kuala Pilah
Daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Southampton sasar akhiri peluang Liverpool kejar gelaran liga
Liverpool boleh mengurangkan pendahuluan Manchester City kepada hanya satu mata jika menang bertemu Southampton awal pagi esok.

Penyertaan Sweden, Finland dalam NATO tidak jadi ancaman - Putin
Bagaimanapun, usaha mengembangkan infrastruktur ketenteraan ke wilayah itu pasti akan mencetuskan tindak balas Moscow.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,646,257 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

AS lantik utusan untuk hak asasi wanita, gadis Afghanistan
Amerika Syarikat pada Rabu melantik bekas pegawai Jabatan Negara, Rina Amiri, sebagai utusan khas.