DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/01/2022 | 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 11 Januari 2022.
1. Presiden Parlimen Eropah David Sassoli meninggal dunia pada usia 65
Presiden Parlimen Eropah, David Sassoli, meninggal dunia awal pagi Selasa pada usia 65.
2. Pakar bedah AS berjaya lakukan pemindahan jantung babi kepada manusia
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menghidapi penyakit jantung menerima jantung babi yang diubah suai secara genetik menerusi pembedahan pertama seumpanya di dunia.
3. Korea Utara lancar peluru berpandu lagi
KOREA Utara dilaporkan telah berjaya menguji peluru berpandu, pelancaran kedua dalam masa seminggu, kata pengawal pantai Jepun pada Selasa.
4. Selepas Delta, Omicron kini varian dominan di Filipina - Pegawai
Varian COVID-19 Omicron yang sangat mudah berjangkit telah mendahului Delta dan kini merupakan varian dominan di Filipina, kata Setiausaha Kesihatan Francisco Duque pada Isnin malam.
5. Presiden Mexico positif COVID-19 buat kali kedua
Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador memaklumkan pada Isnin beliau didapati positif COVID-19 buat kali kedua.
6. COVID-19: Itali larang individu belum vaksin guna perkhidmatan sosial
Kerajaan Itali mewajibkan pengambilan vaksin kepada warganya yang berusia 50 tahun ke atas sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19.
7. COVID-19 | 96% wanita mengandung di UK tidak divaksin
Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) lancar kempen meyakinkan golongan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
8. Vaksin COVID-19 | Chile mula pemberian dos keempat
Chile memulakan pemberian dos keempat vaksin COVID-19 kepada segelintir rakyatnya susulan peningkatan kes harian di negara itu.
9. COVID-19: Perancis catat kadar kemasukan ke hospital yang tinggi
Perancis catat peningkatan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital kesan penularan varian Omicron.
10. COVID-19: AS catat rekod baharu, lebih 132,000 kes kemasukan ke hospital
Kadar kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di amerika syarikat mencatat rekod baharu pada Isnin.
#COVID-19 #Amerika Syarikat #Perancis #Chile #United Kingdom #Itali #Mexico #Filipina #Korea Utara #Davis Sassoli #eropah