ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Januari 2022.
1. Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara
Ibu negara baharu Indonesia yang kini dalam fasa pembangunan rancak di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara. Pemilihan nama itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa , yang menurutnya telah disahkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).
2. Warganet muat naik 'meme' lucu iringi kepulangan Novak Djokovic
Kekalahan Djokovic dalam "pertarungan undang-undang" yang sensasi itu turut mencuri perhatian warganet, khususnya melibatkan status vaksinasi bintang sukan itu.
3. Keputusan kecualikan junta Myanmar dalam mesyuarat ASEAN perlu dikekalkan
ASEAN harus mengekalkan keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 untuk hanya menjemput wakil bukan politik dari Myanmar ke mesyuarat-mesyuaratnya sehingga terdapat kemajuan ketara dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
4. Kanak-kanak warga asing di Seoul terima bantuan yuran pendidikan bermula Mac
Kanak-kanak warga asing berumur tiga hingga lima tahun di Seoul akan menerima bantuan yuran pendidikan yang setara dengan kanak-kanak Korea Selatan mulai Mac, kata pejabat pendidikan bandar itu pada Isnin.
5. Tsunami Tonga: Lagi letusan besar dikesan hari ini
Satu lagi letusan besar telah dikesan di gunung berapi Tonga, lapor sebuah stesen pemantauan yang berpangkalan di Darwin, Australia pada Isnin.
6. Ribut Salji | Landa timur AS, penduduk terpaksa 'bergelap'
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memaklumkan, ribut itu membawa salji lebat, hujan batu serta angin kencang yang menjejaskan tenggara dan pantai Mid-Atlantik sebelum bergerak ke New England dan Selatan Kanada.
7. Gunung berapi | Dua lemas di Peru akibat ombak besar
Dua wanita lemas di utara Peru akibat ombak luar biasa susulan letusan gunung berapi di Tonga yang terletak lebih 10,000 kilometer dari negara itu. Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, kedua-dua mangsa lemas pada Sabtu di Lambayeque.
8. Selepas anak meninggal dunia, Sinead O'Connor dimasukkan ke hospital
Penyanyi dan penulis lirik, Sinead O’Connor dimasukkan ke hospital seminggu selepas anak lelakinya meninggal dunia akibat membunuh diri.
9. Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada 8.26 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 78 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 160 km barat daya dari Sukabumi, Indonesia.
10. COVID-19: Tiada jangkitan baharu, bandar Xi'an tarik balik sekatan
Bandar Xi'an di China mula menarik semula sekatan COVID-19 yang memasuki minggu ketiga bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menurut media tempatan, serentak itu, beberapa aktiviti pembuatan dimulakan semula di bandar berkenaan.
Astro Awani
Mon Jan 17 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

Putrajaya dirancang teliti, perlu jadi rujukan Nusantara - Bekas menteri Indonesia
Kata Dahlan berkata, banyak hal yang menarik mengenai Putrajaya yang boleh dijadikan rujukan kepada Indonesia.

Ongkili dan delegasi Malaysia antara yang pertama lawat ibu kota baharu Indonesia
Rombongan itu kelihatan teruja di 'Titik Nol', merujuk kepada 'Titik Sifar' wilayah ibu kota baharu republik itu, dinamakan Nusantara.

Jokowi lawat kawasan pembangunan Nusantara, bermalam dalam khemah
Penyemburan asap untuk mencegah malaria, taburan garam untuk menghindar haiwan melata dan antibisa ular disediakan di lokasi bermalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara
Nama Nusantara dipilih kerana sejak dari dahulu lagi istilah itu sudah dikenali, serta menjadi ikon antarabangsa.

Kopratasa rakam semula lagu Selamat Hari Raya ciptaan tahun 1936
Lagu Selamat Hari Raya itu dipercayai dicipta pada tahun 1936, telah membuka sejarah pada sambutan hari raya pada zamannya.

Erti sebenar hari raya menerusi Purnama Lebaran
Lagu dan lirik yang ditulis sepenuhnya oleh kumpulan tersebut merupakan lagu raya mereka yang pertama dan telah dirakam pada 2019.

Air oh air: 20,000 penduduk Kuala Kedah merana, sanggup jual rumah
Kebanyakan mereka terpaksa berebut bekalan air dari lori yang dihantar Syarikat Air Darul Aman (SADA) selain terpaksa membeli tangki dan pam air yang berharga ribuan ringgit.

Bagaimana jika Johor tidak menjadi sebahagian daripada British Malaya?
Sejarah Kesultanan Johor telah bertukar arah pada tahun 1824 apabila ianya dipisahkan dengan wilayah Riau dan Lingga.

COVID-19: Seimbang keperluan agama dan nyawa selaras prinsip Maqasid Syariah - Muhyiddin
Perdana Menteri harap Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara dapat huraikan Maqasid Syariah dalam konteks norma baharu.