awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara

Agensi
Agensi
17/01/2022
09:36 MYT
Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara
Pemilihan nama itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa , yang menurutnya telah disahkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).
JAKARTA: Ibu negara baharu Indonesia yang kini dalam fasa pembangunan rancak di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara, lapor media tempatan.
Pemilihan nama itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa , yang menurutnya telah disahkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).
"Saya baru menerima pengesahan dan arahan daripada Presiden Jokowi untuk menamakan ibu negara baharu Indonesia sebagai Nusantara," ujarnya.
Tambah Suharso, nama Nusantara dipilih kerana sejak dari dahulu lagi istilah itu sudah dikenali, serta menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan gugusan kepulauan Indonesia.
Nama ibu kota tersebut pada awalnya ingin dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Ibu Kota Negara, tetapi ditahan sebelum akhirnya diberikan pengesahan oleh Jokowi.
"Saya yakin kita semua bakal bersetuju dengan nama Nusantara," ujarnya.
Bagaimanapun, beberapa anggota mesyuarat berkata, nama Nusantara boleh menimbulkan kekeliruan kerana perkataan itu digunakan untuk merujuk kepada 'sifat geografi' keseluruhan negara.
Terdapat beberapa pihak yang mencadangkan agar ibu negara baharu itu diisytihar sebagai Wilayah Pentadbiran Khas Nusantara bagi mengelakkan kekeliruan itu.
"Ini tidak mudah, kita tidak boleh sembarangan menggunakan nama itu," ujar perwakilan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan yang juga Gabenor Kalimantan Tengah, Agustin Teras Narang.
Topic Berkaitan
#nusantara
#ibu negara baharu
#Indonesia
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan