DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 26 Januari 2022.
Thailand dan Arab Saudi setuju memulihkan kembali hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di mesyuarat peringkat tinggi pertama yang diadakan sejak lebih tiga dekad di Riyadh baru-baru ini.
Tiada hasrat tempatkan tentera AS atau NATO di Ukraine - Biden
2. Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengulangi pendiriannya pada Selasa bahawa pentadbirannya tidak berhasrat untuk hantar tentera AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Ukraine.
Operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan 39 individu dalam insiden bot pendatang asing tanpa izin yang karam di perairan Florida, Amerika Syarikat pada Selasa.
Tujuh maut, manakala 280 pelarian yang lain sempat diselamatkan setelah mereka ditemui di tengah laut berhampiran pesisir kepulauan Lampedusa di Itali.
Kerajaan Jepun memutuskan untuk mengisytiharkan status separa darurat di kebanyakan wilayah, iaitu 30 daripada 47 wilayah, susulan kebimbangan peningkatan kes varian Omicron COVID-19.
Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech pada Selasa memulakan ujian klinikal untuk menguji vaksin versi terbaharu keluarannya yang direka khas untuk membendung varian baharu COVID-19, Omicron.
Tedros Adhanom Ghebreyesus dijangka meneraju Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggal kedua selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan Ketua Pengarah badan kesihatan sedunia itu.
Rundingan tiga hari melibatkan Taliban, diplomat Barat dan delegasi lain, membincangkan bantuan kemanusiaan dan hak asasi di Afghanistan berakhir di Oslo, pada Selasa.
Malaysia kekal bertegas dengan pendirian sama berhubung krisis di Myanmar selagi tiada perkembangan nyata dan pelaksanaan sepenuhnya konsensus lima perkara ASEAN.
Ribuan warga India turun ke ibu kota New Delhi meraikan sambutan Hari Republik Negara itu pada Rabu.. Sambutan itu diraikan penuh meriah di sebalik kebimbangan penularan COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami