BANGKOK: Thailand dan Arab Saudi setuju memulihkan kembali hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di mesyuarat peringkat tinggi pertama yang diadakan sejak lebih tiga dekad di Riyadh baru-baru ini.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud ketika sesi mesyuarat rasmi pada Selasa, bersetuju memulihkan sepenuhnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menurut satu kenyataan bersama.
Kedua-dua pemimpin bersetuju melantik duta "dalam masa terdekat" dan menubuhkan mekanisme rundingan untuk membentuk kerjasama dua hala, kata kenyataan itu.
"Langkah bersejarah itu adalah hasil usaha jangka panjang di pelbagai peringkat di kedua-dua pihak demi memulihkan kepercayaan dan hubungan.
"Koordinasi intensif akan dimulakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang bagi membincangkan kerjasama dua hala yang melibatkan bidang strategik utama," menurut kenyataan bersama itu, yang disediakan Kementerian Luar Thailand.
Pengumuman itu menandakan berakhirnya hubungan buruk antara kedua-dua negara sejak tiga dekad.
Arab Saudi menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan Thailand berikutan kes kecurian barangan kemas bernilai kira-kira US$20 juta, termasuk berlian biru 50 karat yang sangat bernilai pada 1989 oleh pekerja pembersihan Thailand yang bekerja di istana seorang putera Saudi.
Kes kecurian yang digelar "The Blue Diamond Affair", menyaksikan polis Thailand memperoleh semula dan memulangkan beberapa permata yang dicuri tetapi pegawai Arab Saudi mendakwa kebanyakannya adalah palsu, manakala nasib berlian biru itu masih menjadi misteri.
Pada tahun berikutnya, tiga diplomat Saudi di Thailand dibunuh dalam satu malam.
Seorang ahli perniagaan Saudi Mohammad al-Ruwaili yang dihantar untuk menyiasat kes kecurian itu pada 1990, dilaporkan hilang di Bangkok.
Pada 2014, mahkamah jenayah Thailand mengetepikan kes terhadap lima lelaki, termasuk seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh Ruwaili.
Sementara itu, Prayuth melahirkan rasa kesalnya terhadap insiden tragis membabitkan diplomat Saudi di Thailand antara 1989 dan 1990, menurut kenyataan itu.
"Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Thailand cuba sedaya upaya menyelesaikan kes itu dan bersedia membuka kes sekiranya bukti baharu muncul.
"Beliau juga menegaskan komitmen Thailand untuk menjamin keselamatan anggota misi Kedutaan Arab Saudi di Bangkok selaras dengan Konvensyen Vienna 1961 mengenai Hubungan Diplomatik," katanya.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin mengesahkan keazaman menyelesaikan semua isu tertangguh antara Thailand dan Arab Saudi.
Ia berkata kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan mengukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara serta membuka lembaran baharu.
"Kedua-dua pihak juga mengulangi komitmen melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan wakil kedutaan di negara masing-masing," katanya.
Sementara itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan pengukuhan dan meningkatkan hubungan ekonomi serta perdagangan dengan meneroka pelaburan dan peluang menerusi konteks Wawasan Saudi 2030 dan agenda pembangunan negara Thailand, Bio-Circular-Green Economy.
"Kedua-dua pihak juga bersetuju meneroka bidang kerjasama baharu termasuk tenaga boleh diperbaharui, alam sekitar, transformasi digital dan keselamatan siber.
"Mereka turut menekankan kepentingan memupuk hubungan rakyat dengan rakyat, yang menjadi asas kepada perkembangan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan, serta menggalakkan dialog antara agama dan pelbagai budaya," katanya.
Kenyataan itu berkata kedua-dua negara turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
"Mereka juga bersetuju meningkatkan interaksi dan penyelarasan antara agensi kerajaan serta sektor swasta demi meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu untuk manfaat bersama," katanya.
Prayuth mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi pada Selasa, atas jemputan Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, seterusnya menamatkan hubungan dingin antara kedua-dua negara sejak 1989.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud menerima kunjungan Prayuth Chan o-cha di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa. - Gambar REUTERS
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.