ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Mac 2022.

1. Krisis Rusia-Ukraine: Pepsi, Coca-Cola, McDonald's, Starbucks gantung operasi di Rusia

Beberapa jenama ikonik AS seperti PepsiCo, Coca-Cola, McDonald’s dan Starbucks masing-masing pada Selasa mengumumkan mereka menggantung operasi bisnes di Rusia selepas tindakan negara itu menyerang Ukraine.

2. Rakyat Korea Selatan mengundi pilih presiden baharu

Rakyat Korea Selatan hari ini mengundi untuk memilih presiden baharu yang menyaksikan persaingan sengit antara calon parti pemerintah Lee Jae Myung dan pencabarnya Yoon Suk Yeol dari parti pembangkang.

3. Penglibatan wanita dalam dasar alam sekitar masih rendah - UN Women

Wanita masih kurang terlibat dalam hal membuat keputusan untuk alam sekitar, menurut United Nations Women dan menyifatkan penyertaan golongan itu penting untuk dasar serta amalan pengurusan sumber asli yang lebih berkesan.

4. Krisis Rusia-Ukraine ancam haiwan di Zoo Kiev

Ketika tentera Rusia menyerang ibu negara Ukraine, ramai warganya sudah pun melarikan diri ke sempadan, jauh daripada pergolakan yang menyaksikan penempatan mereka musnah.

5. Singapura kerjasama dengan Malaysia perluas VTL darat - Laporan

Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.

6. Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy tidak putus asa, tidak mengaku kalah

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata negaranya akan melawan pencerobohan Rusia tidak mengira di kawasan mana.

7. COVID-19: Pertambahan 1.5 juta kes positif seluruh dunia dalam sehari

Terdapat pertambahan 1.5 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikah jumlah kes positif COVID-19 yang direkodkan adalah sebanyak 448 juta kes.

8. Krisis Rusia-Ukraine 'bukan perang olok-olok'

Aliran maklumat palsu dan mengelirukan tentang konflik di Ukraine didakwa semakin meningkat malah kini muncul pula beberapa teori tidak masuk akal yang dikongsi di media sosial selepas kempen pencerobohan di Rusia masuk minggu kedua.

9. Ukraine-Rusia | Zelenskyy tidak akan putus asa & mengaku kalah

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata negaranya akan melawan pencerobohan Rusia tidak mengira di kawasan mana. Ketika memaklumkan di Parlimen United Kingdom (UK), Zalenskyy turut memaklumkan pihaknya tidak akan berputus asa serta tidak akan mengaku kalah.

10. Kes Omicron Turun | Brazil mansuhkan penggunaan pelitup muka

Rio de Janeiro mansuhkan pemakaian pelitup muka susulan jangkitan COVID-19 di Brazil semakin berkurangan, kata Datuk Bandarnya, Eduardo Paes.