awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang

Bernama
Bernama
12/12/2024
08:30 MYT
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Mas Ermieyati berkata PAC juga akan membentangkan enam laporan dan tiga prosiding laporan tindakan susulan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-15 nanti.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Ringkasan AI
  • Prosiding Lima Isu Baharu: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding lima isu baharu, termasuk Pengurusan Lapangan Terbang, Pelaburan Domestik Khazanah Nasional Berhad, dan Pembangunan Tanah Kuala Lumpur.
  • Laporan dan Prosiding: PAC akan membentangkan enam laporan dan tiga prosiding laporan tindakan susulan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang, termasuk laporan mengenai Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sabah serta Komitmen Jaminan 1MDB.
  • Isu Siasatan Berterusan: Tiga isu yang masih dalam siasatan PAC akan dibawa ke tahun depan, iaitu Pengurusan Program Penanaman Padi, Pengurusan Air Negara, dan Pengurusan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata isu itu antaranya melibatkan prosiding Pengurusan Lapangan Terbang, Pelaburan Domestik Khazanah Nasional Berhad dan Pembangunan Tanah Kuala Lumpur.
Beliau berkata isu lain ialah Ekosistem Perkhidmatan Kesihatan Swasta, Mekanisme Pengawalan, Rangka Perundangan dan Kaedah Pembiayaan melalui Insurans Perubatan: Implikasi Kenaikan Harga Perkhidmatan Swasta kepada Hospital Kerajaan serta Perolehan Kereta Api Elektrik Secara Pajakan Selama 30 tahun Bernilai RM10.7 bilion.
"Bagi perancangan 2025, terdapat tiga isu pada tahun ini akan dibawa ke tahun depan yang masih berada dalam siasatan PAC, iaitu Pengurusan Program Penanaman Padi, isu Pengurusan Air Negara dan Pengurusan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Mas Ermieyati berkata PAC juga akan membentangkan enam laporan dan tiga prosiding laporan tindakan susulan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-15 yang akan diadakan bermula 3 Feb hingga 6 Mac tahun depan.
Beliau berkata antaranya laporan Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sabah, Komitmen Jaminan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pengurusan Pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dan Perolehan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).
Bagi tahun ini, katanya PAC telah membentangkan 22 laporan di Dewan Rakyat merangkumi 11 laporan PAC dan 11 laporan tindakan susulan kementerian bagi syor-syor PAC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Mas Ermieyati Samsudin
#PAC
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan