ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Mac 2022.

1. Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron

Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.

2. New Zealand buka semula sempadan untuk pelancong mulai April, Pakistan permudah peraturan COVID-19

New Zealand akan membuka semula sempadannya untuk pelancong asing mulai bulan depan, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Rabu

3. Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua

Pfizer dan BioNTech telah menyerahkan permohonan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) bagi mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan dos penggalak tambahan vaksin COVID-19 untuk golongan dewasa 65 tahun ke atas.

4.Inflasi | Indonesia guna dana kebajikan tangani harga makanan

Indonesia akan menggunakan Rp154 trilion (RM45 bilion) dana keselamatan sosial COVID-19 bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga makanan. Pengumuman itu dibuat Menteri Kewangannya, Sri Mulyani Indrawati ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus menangani impak kenaikan harga makanan, terutamanya harga minyak masak.

5. Myanmar: 7 banduan maut ketika cuba lari dari penjara

Sekurang-kurangnya tujuh banduan maut dan 12 lagi cedera ketika cuba meloloskan diri dari sebuah penjara di Myanmar, menurut kenyataan pihak berkuasa negeri.

6. Jepun bakal benarkan 10,000 ketibaan antarabangsa sehari mulai April

Jepun sedang mempertimbangkan untuk menambah jumlah ketibaan antarabangsa kepada 10,000 sehari berbanding 7,000, bermula April ini dan melonggarkan kawalan sempadan COVID-19, memetik sumber kerajaan pada Selasa.

7. Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar Jawa Barat, Indonesia

Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda pantai selatan wilayah Jawa Barat pada 10 pagi waktu Indonesia Barat hari ini.

8. Selepas 62 tahun, identiti kanak-kanak mangsa culik dan bunuh akhirnya dikenal pasti

Selepas lebih enam dekad, identiti kanak-kanak yang hilang dikenali sebagai "Little Miss Nobody" akhirnya dikenal pasti.

9. Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin

Libat urus melibatkan Malaysia dan Afghanistan yang diadakan pada Januari dan Februari lepas bukan bermakna Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan Afghanistan.

10. Gempa bumi gegarkan pantai timur laut Jepun, cetus amaran tsunami

Gempa bumi kuat melanda pantai timur laut Jepun pada Rabu, menggegarkan bangunan dan mencetuskan amaran tsunami.