ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 6 April 2022.

1. TikTok sumber utama maklumat salah tentang perang di Ukraine - Pakar

Platform perkongsian video itu dilihat kekurangan konteks dan pemantauan kandungan sehingga menjadi medan sebaran berita palsu.

2. COVID-19 | Joe Biden arah kajian long COVID seluruh negara

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengarahkan supaya satu kajian kebangsaan baharu diwujudkan bagi mengkaji long COVID atau komplikasi jangka panjang akibat COVID-19.

3. Protes Inflasi | Presiden Peru tamatkan perintah berkurung

Presiden Peru, Pedro Castillo menamatkan perintah berkurung selepas kurang sehari dikuatkuasakan bagi meredakan protes besar-besaran. Pihak pembangkang menggambarkan perintah kecemasan itu sebagai pelanggaran undang-undang.

4. COVID-19 | Thailand beri amaran lonjakan kes selepas Songkran

Pihak berkuasa kesihatan Thailand pada Selasa memberi amaran kepada orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan kes COVID-19 selepas sambutan Pesta Songkran yang akan berlangsung antara 13 hingga 15 April ini.

5. Bencana | Gempa bumi 5.1 skala Richter landa Yibin, Sichuan

Gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Xingwen, bandar Yibin di Sichuan pada Rabu. Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gegaran berlaku pada jam 7.50 pagi waktu tempatan.

6. Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India

Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Nicobar, India sekitar jam 1.29 petang tadi.

7. Video tular: 'Kantoi' ketagih ganja, ibu tenyeh serbuk cili ke mata anak

Berang dengan anaknya yang baru berusia 15 tahun ketagih ganja, seorang ibu di India bertindak ‘mengajar’ anaknya itu dengan mengikat remaja terbabit pada sebatang tiang.

8. Korporat | Elon Musk bakal sertai Lembaga Pengarah Twitter

Elon Musk akan menyertai barisan Ahli Lembaga Pengarah Twitter selepas membeli 9.2 peratus pegangan syarikat media sosial itu. Makluman itu sekali gus menolak naik saham Twitter sebanyak enam peratus.

9. Wakil AS, China bincang mulakan semula dialog dengan Korea Utara

Korea Utara telah melancarkan 12 peluru berpandu setakat tahun ini, termasuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

10. Korea Selatan tambah jumlah penerbangan antarabangsa mulai Mei

Korea Selatan bakal menambah jumlah penerbangan antarabangsa ke Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara bebas kuarantin COVID-19, sebanyak 100 penerbangan setiap bulan bermula Mei.