Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 11, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Mac 2022.
1. Demonstrasi | Mahasiswa bantah Jokowi lanjut tempoh jawatan
Ribuan mahasiswa Indonesia menggerakkan demonstrasi di bandar-bandar serata Indonesia berikutan khabar angin kerajaan akan menangguhkan pilihan raya pada 2024, sekali gus membenarkan tempoh jawatan Presiden Joko Widodo dilanjutkan.
2. F1 Singapura GP 2022: Tiket mula dijual 13 April
Tiket Formula 1 Grand Prix Singapura 2022 akan dijual kepada orang ramai mulai 10 pagi, 13 April oleh pihak penganjur, Singapore GP Pte Ltd.
3. Krisis Rusia-Ukraine | Rusia dijangka lakukan serangan besar-besaran ke atas Donbas
Rusia dijangka melakukan serangan secara besar-besaran ke atas wilayah Donbas selepas Moscow mengundurkan tenteranya dari Kiev minggu lalu.
4. 'Lama tunggu makanan', lelaki Itali tembak tukang masak
Seorang suspek lelaki ditahan polis selepas didakwa menembak seorang tukang masak di sebuah restoran di tengah bandar Adriatik Pescara, Itali.
5. Ribut Megi landa Filipina, seorang maut, seorang lagi hilang
Taufan Megi yang melanda wilayah tengah Filipina setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya satu nyawa, selain seorang lagi hilang, menurut laporan agensi berita Xinhua.
6. Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Dua bahan letupan buatan sendiri dilempar berdekatan pintu masuk kediaman rasmi, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha.
7. Jubah Rasulullah tarikan utama Masjid Hirka-i Sharif sepanjang Ramadan
Saban tahun menjelang Ramadan, lebih sejuta manusia akan mengunjungi sebuah masjid yang berusia lebih 160 tahun di Istanbul, Turki.
8. Tentera Israel tahan 24 rakyat Palestin di Tebing Barat
Israel telah menahan 24 rakyat Palestin di Tebing Barat dan sekitar Baitulmaqdis pada Ahad, menurut Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Kelab Tahanan Palestin.
9. Reza Rahadian kongsi cerita masuk Islam, tidak dibuang keluarga hanya kerana pindah agama
Pelakon Indonesia, Reza Rahadian baru baru ini menceritakan kisah bagaimana dia yang dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian yang setia memilih untuk memeluk Islam.
10. Protes besar-besaran di seluruh Pakistan sokong Imran Khan
Penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan mengadakan protes besar-besaran di seluruh Pakistan pada Ahad selepas pemimpin itu disingkirkan menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen pada Sabtu.
#Beijing #Boris Johnson #Britain #Jerman #Istanbul #undi tidak percaya #Thailand #Palestin #Xi Jinping #Israel #Jordan #Islam #Imran Khan #Jokowi