Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 27, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Mei 2022.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Mei 2022.
1. PM bertemu Tun M di Tokyo, tanya khabar
Meskipun berbeza ideologi politik namun 'perseteruan' itu tidak memutuskan hubungan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
2. Perang di Ukraine hanya gangguan sementara - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, melihat situasi perang di Ukraine sebagai satu gangguan yang bersifat sementara dan tidak akan membawa sebarang perubahan.
3. Disangka singa sesat rupa-rupanya beg beli-belah
Kegusaran seorang pekerja ladang di Kenya berakhir selepas mendapati 'seekor singa' yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran kediaman penduduk rupa-rupanya hanyalah beg beli-belah.
4. Indonesia berduka, tokoh Islam negara itu, Buya Shafii, meninggal dunia pada Jumaat
Rakyat Indonesia terutamanya umat Islam menerima khabar duka pada Jumaat susulan pemergian tokoh Islam di negara tersebut, Ahmad Syafii Maarif atau Buya Syafii Maarif.
5. PM Ismail Sabri bertemu pemimpin perniagaan utama Jepun di Tokyo
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pemimpin-pemimpin perniagaan utama Jepun dalam sesi perniagaan tertutup pada pagi Jumaat dengan beliau mendengar dengan penuh perhatian bagi meneroka potensi minat mereka selanjutnya terhadap Malaysia.
6. Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia, Maluku pada Jumaat, namun tiada amaran kemungkinan tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.
7. Jepun longgar amaran perjalanan untuk 36 negara
Jepun pada Khamis melonggarkan amaran perjalanan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1 untuk 36 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Hong Kong.
8. Sindrom patah hati: Suami mangsa kes tembakan Texas meninggal dunia semasa upacara pengebumian isteri
Suami kepada salah seorang guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan di sekolah Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini ini rebah dan meninggal dunia pada Khamis ketika dia sedang bersiap untuk pengebumian isterinya, kata keluarganya.
9. BTS bakal bertemu Biden, bincang isu 'anti-Asia'
New Delhi mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar raya itu.
10. Kebakaran hospital, Menteri Kesihatan Sinegal dipecat
Presiden Senegal Macky Sall pada Khamis memecat Menteri Kesihatan, Abdoulaye Diouf Sarr, susulan insiden kebakaran hospital yang mengorbankan nyawa 11 bayi baru lahir.
#Jepun #Mahathir Mohamad #Indonesia #Hong Kong #skala Richter #Tokyo #tsunami #Khairy Jamaluddin #gempa bumi #Britain #New Delhi #COVID-19